Pages

Tuesday, May 31, 2016

Monday, May 30, 2016

Kembara Ke California 3


Assalamualaikum,

24/4/2016 (Hari Ahad) :  Perjalanan Hari Keenam

Setelah makan tengahari di Bandar Stanton kami merayau mencari stesen mencuci kereta.  Kelihatan titik-titis kecil berwarna putih pada badan kereta.  Titik-titik itu adalah kesan dari titisan air garam yang terkandung dalam salji di atas jalanraya yang kami lalui semalam.  Kaedah tabur garam atas salji dan air batu beku di jalanraya ialah untuk mencairkan salji dan air batu.  

Perjalanan ini kami melalui beberapa bandar dan kawasan pertanian.  Beberapa slogan kelohan yang diletak di tepi jalanraya oleh petani-petani kerana kekurangan bekalan air tahap tinggi.  California adalah satu daripada negeri di Amerika yang mencatu bekalan air kepada rakyat mereka.  Ia menggalami kemarau berpanjangan setiap tahun.  Antara bandar yang kami lalu ialah Bandaraya Sarcramanto iaitu ibu negeri California.  Kami tidak singgah di situ.  Trafik di mana-mana bandar dan kawasan yang kami lalu terlalu sibuk dan merbahayakan mengingatkan keadaan trafik di tanah air bersifat "I first!"  

Kami sampai di Red Bluff hampir pukul empat petang.  Perjalanan dari Daleno ke Red Bluff mengambil masa lebih kurang lima jam lebih sahaja.  Red Bluff ialah sebuah bandar yang bersih dan cantik.  Pak Long berpendapat kami berihat di Red Bluff, esok pagi-pagi baharulah bertolak ke Eureka melalui Redding.  Di situ kami tinggal di Hotel Best Western sebuah hotel yang sederhana terletak jauh dari kesibukan bandar.  Bilik hotelnya selesa mempunyai dua ruang.. ruang rihat dan tempat tidur.  Tidak berapa jauh dari bilik kami terletak sebuah taman burung kecil di mana ada beberapa jenis burung di dalamnya.  Di sekeliling kawasan bangunan hotel pula ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga rose yang sedang rancak berbunga lebat.  Apabila lalu berhampiran baunya harum semerbak bukan main.  

Bunga rose

Petang itu kami mengambil peluang untuk berjalan kaki di sekitar berhampiran dengan hotel.  Mak Long perhatikan penduduk di Red Bluff memang gemar menanam pokok bunga rose.  Di keliling rumah dan bangunan hinggalah di tepi jalanraya pun ada pokok bunga rose membuat hati ini berkenan pula hendak menanam pokok rose di rumah.  Tetapi cuma boleh berangan sahaja ... rusa akan tersenyum lebar nampak salad rose yang sedap di laman ....hmmm.


25/4/2016 (Hari Isnin):  Perjalanan Hari Ketujuh

Sarapan yang disediakan di semua Hotel Best Western seperti biasa iaitu sarapan panas dan sejuk.  Mak Long pilih telor rebuslah makan dengan buah-buah.  Yang geli hati pagi itu, seorang dari tetamu berbangsa Korea atau Jepun kecoh telor rebusnya masih mentah!  Hahaha terburai telor mentah meleleh atas mejanya.  Merah padam mukaya menahan perasaan.. membuat Mak Long pun hendak tengok kot kot terambil telor mentah juga... hahahaha sah satu daripadanya mentah dengan membuat sedikit ujian sendiri.  Kalau tidak melambaklah telor mentah dalam pinggan hihihi nasib baik!  Kelam kabut pelayan hotel pagi itu!  Telor mentah tercampur dengan telor yang sudah direbus!  Jika hendak tahu telor itu mentah atau masak ialah pusing telor di atas meja, sekiranya telor itu berat hendak berpusing maka ia masih mentah.  Sekiranya telor itu berpusing laju tandanya telor itu sudah masak.  

Selepas sarapan kami terus bertolak menuju ke Redding dan seterusnya ke Eureka di utara California.

Perjalanan naik pergunungan

California mempunyai jalanraya yang banyak selekoh kadang-kadang naik gunung, kadang-kadang menurun gunung.  Memandu di situ sangat mencabar bagi Mak Long.


Jalanraya tanah

Sepanjang jalan kelihatan hutan yang mempunyai kesan-kesan akibat kebakaran. Perjalanan kami berjalan lancar hinggalah sampai di suatu kawasan jalanraya semakin tinggi memanjat pergunungan. Kenderaan berjalan perlahan membuat hati berdebar-debar.  Jangan-jangan ada apa-apa seperti pengelaman beberapa hari lalu.  Ribut saljikah, ribut anginkah entahlah.  Janganlah!  Tidak sanggup menghadapinya lagi.  Alhamdulillah..  Rupa-rupanya pekerja sedang berkerja perbaiki jalan!  Kereta terpaksa dipandu di atas jalanraya yang tidak bertar.  Berderet-deret kereta mengikut di belakang "pilot truck" (kenderaan digunakan untuk memberi panduan arah) ketika melalui jalan sehala.
  
Cuaca mendung dan sejuk

Tersangkut dua lagi kerja perbaiki jalan.  Yang ketiga itu buat rasa hati lagi cemas.  Hujan mulai renyai dan cuaca mulai mendung dan sejuk hingga turun ke 43 degree fahrenheit.  Ya Allah permudahkanlah urusan kami!  


Selekoh baring ke kanan

Jalanraya yang kami lalui itu bengkang bengkok seperti ular kena palu.  Seriau rasa bila berseliseh dengan kenderaan yang mendatang dari arah hadapan.  Mak Long tidak beranilah hendak memandu!  Orang California memandu kereta macam orang gila lagi bahaya!  "Living on the fast lane!" 


Lorong mesuk ke Lebuhraya 101

Akhirnya kami sampai simpang masuk ke Lebuhraya 101 North yang sering disebut-sebut orang di Amerika.  Begitu juga keadaan jalanraya itu bengkang bengkok, banyak selekoh tajam serta bertambah merbahaya kerana jalan itu selari dengan tebing cenuram Lautan Pacific, sayup bila memandang ke bawanya!


Tebing Cenuram Lautan Pacific

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Daerah Eureka destinasi kedua kami dalam lawatan ke California.  Kami singgah di Thomas Kuchel Visitor Center untuk mendapatkan penerangan, peta tempatan dan risalah tentang Daerah Eureka yang bakal kami terokai.    Tidak sabar hendak tengok pokok redwood yang boleh dilalui kereta melalu lubang di pangkal pokok.  Seronok rasa hati bukan main...hahahaha.  Kami tertarik dengan keistimewaan tentang pokok gergasi redwood yang telah berumur beribu tahun masih terdapat di daerah California. 
      
Thomas H Kuchel Visitor Centre

Sedikit tentang Bandar Eureka letaknya dalam Daerah Humboldt County di tepi perairan pantai Lautan Pacific di bahagian utara California.  Ia adalah salah satu daripada bandar tertua di Amerika.  Lebuhraya 101 adalah penyambung antara Bandaraya San Francisco dan di  sempadan selatan Oregon.  Keistimewaan Bandar Eureka ialah ia memiliki keindahan dari dua hala iaitu daripada pantai menghadap Lautan Pacific, dan di sebelah lagi dengan keindahan pergunungan ditumbuhi dengan pokok-pokok gergasi redwoods.  Ia juga menjadi bandar utama pada suatu ketika dahulu sebagai bandar "gold rush" di mana manusia datang dari bermacam pelusuk membanjir di situ mencari kekayaan dunia.

Dari "visitor center" dengan menggunakan peta yang diberi oleh Ranger dan tunjuk arah minah GPS, kami terus menuju ke Klamath di mana Klamath tree terletak yang juga berhampiran dengan Redwood National Park di utara Bandar Eureka.  Kalmath Tree ialah sebatang pokok gergasi redwood di mana bahagian pangkal pokok tersebut boleh dilalui dengan kereta atau "a drive-thru redwoods".  Pokok redwood itu telah ditebuk dengan cermat agar tidak merosakkan pertumbuhan pokok membolehkan kereta lalu di lubang buatan itu.  Pelawat dikenakan bayaran sebanyak USD5.00 satu kereta di pondok jaga.  Sekiranya pondok itu tiada orang menjaganya, pelawat bolehlah membayarnya dengan memasukkan wang di peti yang disediakan.  Kebetulan ketika kami sampai tiada orang jaga.  Kalau hendak bayar lebih pun boleh hahaha.. adakah orang berbuat begitu..?    


Lebuhraya ke Klamath

Terdapat tiga pokok gergasi redwood yang boleh dilalui kereta melalui lubang di pangkal pokok yang masih hidup terletak di Eureka.  Ketiga-tiga pokok itu dimiliki oleh pemilik persendirian yang mengenakan sedikit bayaran untuk melalui lubang pokok.  Kami berkesempatan melawat semua tempat-tempat itu.  Sudah berada di kawasan itu baiklah pergi dan tengok semuanya.

1.  Klamath Drive-thru tree
2.  Shrine Drive-thru tree
3.  Chandelier Drive-thru tree


Pintu masuk ke Klamath Tree drive-thru

Jalan dua hala ke Klamath tree drive-thru sempit.  Di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan hutan tebal menghijau ditumbuhi dengan pokok-pokok pakis dan lumut hijau tebal membalut pokok-pokok di situ.  Kabarnya filem Jurassic Park pernah menggunakan tempat itu dalam filemnya.


Jalan ke Drive-thru Klamath Tree 

Gambar di bawah ialah "Drive-thru Klamath Tree"

Drive-thru Klamath Tree

Puas rasa hati sudah dapat menggalami lalu lubang pokok redwood.  Mak Long sudah baca dan dengar tentang pokok istimewa itu.

Dari situ kami terus beredar mencari tempat makan..terasa lapar hahaha..  Hmmm jangan haraplah hendak jumpa restauran makanan halal yang boleh kita makan!  Tetapi singgah jugalah di sebuah restauran tempatan untuk membeli minuman.  Dapat juga rezeki makan salad sepuasnya dengan air kosong!  Jadilah kita bermusafir.

Destinasi seterusnya ialah ke Lady Bird Johnson Grove terletak tidak berapa jauh dari Klamath drive-thru tree.  Jalannya juga merbahaya banyak berselekoh tajam.  Kebetulan nampaklah pula sebuah kereta mewah tertonggeng ke gaung. Polis telah meletakkan "flair" memberi amaran supaya berhati di tempat itu.




  
Pokok gergasi redwood

Puncak redwood

Pangkal pokok redwood





Pokok redwood kosong dalamnya

Banyak terdapat pokok gergasi redwood yang terbakar meninggalkan kesan kosong berlubang dalam batangnya tetapi bahagian luar pokok masih terus hidup seperti biasa.  Kulit pokok itu terlalu tebal hingga lebih kurang satu kaki tebalnya.




Pokok gergasi redwood

Kami berada di Bandar Eureka selama dua hari dan bermalam di Hotel Best Western sebuah tempat penginapan yang amat besar dan luas kawasannya.  Dalam dua hari itu kami puaslah merayau, berjalan kaki dalam hutan gegasi redwood itu.  Cuaca pula cantik dengan sinaran matahari walau pun suhu sejuk dalam lingkungan 40 degree fahrenheit.


Taman kecil Hotel Best Western, Eureka


26/4/2015 (Hari Selasa) :  Perjalanan Kami Hari kelapan

Agenda hari kedua di Eureka ialah melawat Homboldt Redwood National Park dan The Avenue of the Giants.  Waktu subuh di kawasan itu terlalu awal, dan kami masih ada banyak masa untuk mengkaji tempat yang hendak kami lawat.  Jadi tidak perlu gopoh gapah keluar awal tambahan suhu sangatlah sejuknya. 


Di Homboldt Redwood National Park kami singgah di pusat penerangannya untuk mendapatkan penerangan lanjut.  Tiada apa-apa bayaran dikenakan.  Penggunjung boleh berjalan dalam hutan redwood sesuka hati.  



The Travel Log

Dalam bangunan pusat penerangan terdapat sebuah kereta bergerak lama yang dibuah daripada kayu redwood dipanggil "The Travel Log".  Kebin bergerak itu berbentuk seperti kepala keretapi lama.  Ia telah dibina oleh Charles Kellogg seorang pencinta alam (naturalist) yang gemar memerhati dan mengkaji tabiat binatang dan burung di dalam hutan.  Beliau membina kabin bergerak itu pergi ke merata tempat di Amerika berkempen kepentingan manusia bersama-sama menjaga kawasan perhutanan pokok redwood di California.  


Besarnya pokok redwood

Apa perasaan ketika berada dalam hutan tersebut?  Mak Long berasa betapa kerdilnya diri dikelilingi oleh pokok-pokok gergasi hampir ke semuanya sudah berusia melebihi 500 hingga 3,000 tahun tuanya.  Seram pun ada apabila melihat rupa di pangkal pokok itu yang menyerupai berbagai bentuk dan seperti hidup!  Apabila melangkah di atas daun-daun kering di bawah tapak kaki berbunyi semacam.  Bau dan rasa dalam hutan yang penuh dengan perbagai tumbuhan tidak mampu hendak Mak Long bayangkan kepada pembaca.  Rasa tenang dan damai sekali dengan deruan angin dan siulan burung.  Berasa macam berada dalam cerita Alice in the Wonderland pun ada hahahaha...




Shrine Drive-thru tree:

Shrine drive-thru tree

Pokok redwood yang kedua kami lalu dalam lubang pada pangkal pokoknya dinamakan Shrine drive-thru tree.  Lubang di bahagian pangkal  pokok redwood itu adalah lubang semulajadi begitu tidak ditebuk/dipotong oleh manusia.  Pokok redwood itu sudah berumur 3,000 tahun.  Tingginya ialah 375 kaki, lebarnya pula ialah 21 kaki sementara ukuran bulatan ialah 64 kaki.  Mulanya Pak Long sedikit teragak-agak hendak lalu kerana nampak sempit.  Setelah Mak Long lipat cermin kiri dan kanan kereta barulah berani lalu.  Manalah tahu telinga kereta tersangkut pada dinding pokok itu hahaha...


Shrine drive-thru tree
 
Dalam pokok di Shrine drive-thru tree

Terdapat juga dua buah pondok permainan yang diukir dari batang pokok redwood yang memang sudah kosong di dalamnya.  Di situ juga ada kedai menjual pelbagai cenderamata yang dibuat dari kayu redwood.

Pondok permainan dari redwood

Dari Shrine drive-thru tree kami menuju ke Humboldt Redwoods State Park dan The Avennue of the Giants.  Banyak pokok redwood terbesar yang juga antara pokok tertua di dunia terdapat di sana.  Pokok redwood mempunyai hayat hingga beribu tahun umurnya.  


One-log- House

Ranger di pusat penerangan memberitahu kami tentang adanya sebuah kabin dinamakan One-log-House terletak di Lebuhraya 101, teletak sebelah selatan Garberville, California.  Kebetulan kami lalu di kawasan itu maka kami singgah juga di situ.  Kabin itu dibina menggunakan keratan panjang dari satu batang redwood gergasi oleh seorang bernama Len Moore.  Menurut pencipta, kabin begitu rupa sangat bagus dijadikan sebagai tempat perlindungan ketika ribut.  One-log-House telah dibina dalam tahun antara 1938-1941 dan dipercayai batang redwood itu sudah berumur kira-kira 2,000 tahun.  Ukuran one-log-House ialah 33 kaki panjangnya.  Di dalamnya dilengkapi dengan katil kecil, ruang tempat rihat dan lain-lain keperluan.  Sayangnya ketika kami sampai di situ kabin itu ditutup dan terlepas peluang untuk masuk ke dalam rumah itu.


Chandelier redwood tree

Kira-kira 50 batu jauhnya dari Daerah Leggett, satu lagi "Drive-in thru" pokok gergasi redwood dipanggil "Chandelier Drive-in-thru tree".  Lubang yang membolehkan kenderaan melaluinya itu adalah kerja manusia.  Ia ditebuk lebih lebar memudahkan kenderaan besar dan tinggi lalu. 


Posing habis!


Batang redwood kering

Lavenda di kawasan Chandelier Drive-in-thru tree

Walaupun kami penat, kami berpuas hati dapat melawat tempat-tempat yang kami ingini.  

Di situ juga terdapat kedai menjual cenderamata, kawasan untuk berkelah dan berihat.  Setelah tamat lawatan kami di Humboldt Redwoods State Park dan lalu di The Avennue of the Giants kami teruskan perjalanan menuju San Francisco.  Lebuhraya yang kami lalu ialah Lebuhraya 101 juga.  Mak Long tidak berapa gemar laluan lebuhraya itu terlalu merbahaya walaupun permandangan indah di mata membuat perut terasa bisa menahan ketakutan dan seriau.  Pemandu kenderaan semua memmandu seperti dalam keadaan perlumbaan kereta.  Tambah lagi apabila berselisih dengan lori balak yang besar-besar.  

Apabila sampai di daerah Healdsburg dan kami mula mencari tempat bermalam melalui minah GPS.  Hotel pertama yang kami singgah tidak berapa berkenan.  Masuk-masuk sahaja ruang tamu sudah terbau masakan kari dan ghee.  Penyambut tetamu pun tidak berapa hendak melayan.  Menurut penyambut tamu itu hotel itu dahulunya memanglah Hotel Best Western dan kini sudah bertukar milik.   Maka tidak perlulah bermalam di situ.  Kami berjaya mencari Hotel Best Western berhampiran Bandar Healdsburg.  Di kawasan hotel ini juga dipenuhi dengan macam-macam jenis pokok bunga rose.  Besar-besar sungguh kembangan rose sebesar muka orang!  

















Tuesday, May 24, 2016

Sunday, May 22, 2016

Kembara Ke California 2

"Assalamualaikum,

Catatan perjalanan kami ke California

21/4/2016 :  Perjalanan Hari Ketiga




Hari ini adalah perjalanan kami hari yang ke tiga.  Kami sampai di California semalam dari sebelah selatan negeri dan kami bermalam di Hotel Best Western di bandar yang serderhana besarnya iaitu Bandar Barstow.  Hotel itu adalah sebuah hotel lama.  Ramai pula penghuni di hotel tersebut malam itu, agak-agak penuhlah juga memandangkan dari jumlah kereta yang terletak di situ.


Snow cap

Selepas sarapan kami mula bergerak meninggalkan hotel.  "Dear, buka peta besar tentukan kita menuju ke arah yang betul" kata Pak Long setelah bergerak beberapa batu.  Crappppp!  Mana perginya buku peta yang dibeli semalam?  Ya ampun......  Buku peta tertinggal di bilik hotel.  Kebiasaan bila hendak meninggalkan hotel Mak Long tengok dua tiga kali pusingan supaya tidak ada tertinggal apa-apa...  Apa sudah jadi kali ni?  Kami pusing semula ke hotel, tiga kali pusing tawab terlepas masuk ke lorong hotel.  Penyambut tamu kata dia nampak kami pusing beberapa kali dan dia sudah sedia untuk bagi kunci bilik.......hahahah mujur!  "Thank you Dear, for being so patient with me...!"

Banjaran Sierra Nevada Mountains

Sepanjang perjalanan itu kami menggunakan Lebuhraya 395 hinggalah ke Lake Tahoe.  Sampai di suatu tempat nama Mammoth Lake kami berhenti di situ isi minyak.  Cantik tempat itu, terasa ketenangan di sekitarnya.  Ia adalah sebuah bandar pusat perlancungan kecil.  Rasa malas pulak untuk menilau-nilau di situ.  Belikan air minuman energy untuk Pak Long supaya tidak mengantuk.  Penjualnya orang India berbangsa Punjabi.  Ketika berada di situ terbau pula masakan kari sedap berhampiran menyumbat lubang hidung.  Bau yang  membuka selera lapar hmmm aduhaii...   Mak Long teringatkan lauk kari ayam yang dibekukan dalam peti beku di rumah!  Teruknya aku, kata hati!!!   Kami teruskan perjalanan perlahan-lahan mengikut had laju di kawasan itu.  Puaslah melihat banjaran gunung di mana salji putih (snow cap) bersih masih terdapat di puncaknya.  Semakin jauh perjalanan ke utara cuaca pula semakin sejuk walau pun sudah musim bunga.  Banjaran gunung itu ialah Sierra Nevada Mountains  terletak di sepanjang California Timur.


Snow cap

Memang cantik pemandangan di situ.  Pak Long kata eloklah singgah sebentar di Mammoth Lakes visitor centre bukan kena bayar apa-apa pun.  Beliau sengaja cari tempat letak kereta berhampiran dengan bangunan "visitor centre", senang hendak berlari ke bilik kecil melepas rasa sesak...hehehehe.  


Visitor Centre

Kami berjalan perlahan-lahan di sekitar tempat itu melembutkan urat yang sudah keras dan bengkok.  Kedengaran deruan angin bertiup sepui-sepui dari pokok pine yang tinggi menjolok langit.  Segar dan indah alunan deruan angin masuk ke telinga sesuai sangat bagi seseorang penulis mendapat dan mencari ilham menulis. Sayangnya Mak Long tidak pandai hendak bermadah macam pujangga hahahaha ... 

Lihalah gambar-gambar yang sempat Mak Long lekarkan.  Terpesona dengan keindahan alam di sana!

Rest Area

Dari situ kami singgah satu lagi kawasan rihat (rest area) ... lihat gambar di atas dan di bawah.  Itulah pokok redwood yang mempunyai keistimewaan dan unik terdapat di California.  Pertama kali tengok pokok redwood.  Pokok redwood ialah sejenis pokok paling tinggi di dunia.  Pokoknya lebih besar dan lebih tinggi dari pokok-pokok lain serta mempunyai hayat yang menjangkau hingga beribu tahun umurnya. Walaupun usia pokok-pokok itu masih muda tetapi sudah lurus tinggi mecakar langit. 


Pokok redwood

Destinasi dalam agenda perjalanan kami ke California ialah Lake Tahoe, Redwood National Park, Drive through redwood trees, Yosemite National ParkHighway 1, Golden Gate of San Francisco dan Big Sur Coastline.  Satu perjalanan yang jauh mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke tempat-tempat tersebut dengan memandu kereta. 


Banjaran pergunungan Sierra Nevada

Bandar Pelancungan Musim Sejuk


Nasib baik hari itu ada orang mahu gambarnya dilekarkan.  Kalau tidak memang susah hendak ajak bergambar.  Itu pun tidak mahu menghadap ke cahaya terang buat mukanya gelap!

Silver Lake

Semasa kami lalu di kawasan Silver Lake, keadaan mulai bertambah sejuk.  Semalam kami melalui kawasan "desert" yang kering kontang di mana rumput pun tidak mahu tumbuh.  Hari ini kami melalui kawasan pergunungan yang masih lagi bercuaca sejuk walau pun sudah masuk bulan bulan May.


Mono Lake

Daerah itu terdapat beberapa tasik-tasik kecil yang menjadi pusat pelancungan sukan salji musim sejuk.  Mono Lake adalah tasik yang paling besar di daerah yang sama, cantik biru airnya kelihatan dari jauh tetapi kami tidak berhenti.


Kawasan Torpez Lake

Kami melalui kawasan Torpez Lake yang memang menarik dan cantik di situ, tenang lagi damai.  Tidak berapa jauh dari situ perjalanan kami masuk sempadan Nevada.  Minah GPS kata pusing kiri....kiri lagi....kanan .... kiri hala ke Lake Tahoe!   Buat orang pusing-pusing pula Si Minah GPS.  Kadang-kadang Minah GPS walaupun sudah dikemas-kinikan datanya buat hal juga maka peta amat berguna sebagai pengganti untuk menunjukkan arah yang tepat. Pemandangan perkampungan yang kami lalu menarik dan sangat cantik.  Terdapat suatu padang ragut sayup menghijau luas mata memandang berlatar belakangkan banjaran pergunungan bersalji di puncaknya.



Padang ragut

Kawasan perkampungan dan padang ragut

Gambar di atas itu nampak senget sikit, disebabkan oleh kawasan pergunungan jalannya menurun.  Suhu ketika itu ialah 50 degree feranheit.  

Lewat tengah hari itu akhirnya kami sampai di sebelah selatan Lake Tahoe, California destinasi pertama kami.  Perut kami sudah puas berkeroncong minta diisi tidak kami pedulikan.  Sepanjang perjalanan kami hanya mengunyah kacang badam (almond) dan minum air kosong yang kami bawa selain dari sarapan pagi di hotel sebagai pengalas perut.  Memang dalam perjalanan kali ini kami tidak membawa banyak jajan seperti yang sudah-sudah.  Pak Long hendak kurangkan berat badan katanya!  Kaki Mak Long pula sudah berasa kebas dan lengoh duduk terlalu lama dalam kereta .... Aduhhh....  

Lake Tahoe

Lake Tahoe diiktirafkan sebagai tasik kedua terdalam di Amerika juga tasik berair tawar terbesar di Banjaran Pergunungan Sierra Nevada.  Ia adalah pusat pelancungan yang tersohor menjadi pusat pelancungan dari dalam dan luar negeri. Tasik ini juga menjadi sempadan antara California dan Nevada.  Banyak Mak Long dengar tentang keindahan dan keistimewaan tasik tersebut samaada dari bahan bacaan termasuklah dari cerita Pak Long sendiri.  Pak Long telah menempah sebuah bilik lebih awal di Best Western Hotel di situ seminggu sebelum kami sampai.  Ketika kami sampai di hotel Pak Long minta tukar taraf bilik "suite" agar lebih selesa.  Kami tidak perlu bayar apa-apa kerana kami sudah melebihi "point" (tahap terkumpul yang perlu dicapai oleh sistem komputer bagi melaksanakan sesuatu kegunaan) untuk mengubah taraf bilik.

Setelah mendapat kunci bilik, apa lagi, berihatlah kami sebentar melepaskan letih yang mengatasi perut kosong yang tidak berhenti-henti berkeroncong.  Selesa benar bilik hotel itu, ada dua buah TV, satu di bilik tidur dan satu lagi di ruang bilik rihat.  Ada tab mandi jaquzzi sampai berangan mungkin nanti boleh berendam menghilangkan keletihan.  Tetapi Mak Long kalau sudah dapat bantal maka liatlah hendak bangun.  Hilang pasal hendak berendam dalam jaquzzi!


Lake Tahoe sebelah petang

Antara Lake Tahoe dan hotel kami menginap tidak jauh.  Kami berjalan kaki sahaja ke situ.  Cuaca sejuk dan Pak Long tidak mahu lama-lama di tepi tasik.  Itulah ada baju panas tidak mahu pakai!!!

Pak Long balik semula ke bilik hotel hendak sambung rihat dan buat rancangan seterusnya untuk hari esok pula.  Mak Long pula tidak mahu lepas peluang melihat-lihat di kawasan sekeliling.  Jalanlah sorang-sorang.  Best juga sekali sekala jalan sesorang ni..tapi tidak boleh buat selalu, yang penting suami benarkan dan percaya kepada isterinya.

Bandar Lake Tahoe

Banyak betul bunga-bunga yang ditanam di setiap lorong.  Kebanyaknya pokok tulip dan daffodil, dua-dua jenis bunga kegemaran Mak Long.

Daffodil

Hari itu kami menjamu selera di sebuah restoran makanan Mediterranean.  Sedap cara mereka menyediakan hidangan ikan tuna.  Salad greek kegemaran Mak Long, sampai licin pinggan!!  Agaknya kerana lapar kot yang pinggan semua jadi licin.  Kopi Turki panas sebagai pencuci mulut, sedap juga rasanya macam rasa kopi tradisi Arab biasa dihidangkan dalam cawam kecil yang comel. 


Kopi Turki panas


22/4/2016:  Perjalanan Hari Keempat

Malam semalam kami melayari internet untuk mengetahui keadaan cuaca hari esok dan hari-hari seterusnya di Lake Tahoe.  Menurut catatan kaji cuaca mulai hari esok diramalkan cuaca buruk sepanjang minggu dengan salji, hujan dan ribut.  Salji dalam musim bunga?? Mengembara jauh-jauh eloklah mengetahui keadaan cuaca agar tidak membawa masaalah. Juga supaya tidak lupa membawa pakaian yang sesuai dan mencukupi.

Oleh kerana cuaca buruk itu Pak Long mengambil keputusan untuk meninggalkan Lake Tahoe dan meneruskan perjalanan ke Red Bluff menuju ke tempat kedua iaitu melawat hutan lipur redwood di daerah Eureka di utara California.

Selepas waktu Subuh kami tidak berlengah lagi terus bersiap-siap kemudian ke restauran hotel yang letaknya bersebelahan dengan bangunan bilik kami untuk sarapan pagi kemudian "check-out".  Oooowee suhu pagi hari itu mencecah 46 degrees feranheit (7.7 celcius) berbanding semalam hanya 60 degree feranheit (15.5 celcius).  Kami mula bergerak keluar dari hotel sudah hampir pukul lapan pagi.  Kami membuat pusingan mengelilingi Lake Tahoe hala di sebelah utara di mana pemandangannya lebih indah dan menarik.  Kami berhenti di kawasan dalam gambar di bawah, cuaca pula mulai bertambah sejuk hingga 35 degrees feranheit (1.6 celcius) dan salji mulai turun lebat diikuti dengan angin ribut.  Takut pula rasanya namun hati tetap mahu mengambil seberapa banyak gambar yang dapat...hahaha gilanya!  Pak Long sudah "sound" time to move on...!  Dalam hati teringin benar hendak melihat beruang hitam yang dikatakan terdapat di situ.  Nasib juga tidak ada!  


Lake Tahoe sebelah utara

Lake Tahoe sebelah utara

Dari situ kami terus beredar dan bergerak perlahan-lahan.  Pak Long amat berhati-hati memandu dalam keadaan cuaca buruk itu.  Salji berkeping-keping melayang terbang jatuh ke cermin kereta, bumbung kereta dan ke bumi.  Cantik!  Tetapi sekejap sahaja, salji yang turun bertukar menjadi hujan ice dengan lebatnya.  Jalanraya licin dengan air batu beku di atasnya membuat tugas memandu kereta memerlukan perhatian yang lebih.  Begitu cepat keadaan cuaca berubah dalam sekelip mata.  Kalaulah tidak kerana cuaca buruk, kami memang merancang untuk tinggal di Lake Tahoe beberapa hari lagi.  Kami merancang hendak berjalan-jalan di pantai Lake Tahoe dan menikmati suasana di bawah pokok redwood di situ tidak kesampaian.  Benarlah kata-kata, "manusia merancang, tetapi Allah jua yang menentukannya.."



Salji mula menebal di bumi


Keadaan cuaca buruk begitu boleh berlarutan beberapa lama, kami kuatir akan tersangkut di Lake Tahoe lama...mungkin dua tiga hari, mungkin seminggu tidak siapa tahu bila cuaca kembali pulih.  Pak Long nampak bersahaja tetapi Mak Long tahu bagaimana dalam hatinya.  Bukan salah sesiapa, urusan cuaca Allah yang memegang kuasanya.  Kita berusaha dan bertawakal.  


Mengenakan "snow chain" pada tayar

Ketika perjalanan kami menghampiri Bandar Yuba, semua terafik mulai bergerak perlahan dan berderet panjang. Truck-truck berat bertayar lapan belas ke atas berhenti di tepi jalanraya.  Pihak berkuasa mengarahkan semua kenderan berhenti.  Semua kenderaan dikehendaki memasang "snow chain" (rantai salji) pada tayar kenderaan atau tidak dibenarkan meneruskan perjalanan melalui jalan yang hendak kami lalui ke utara atau pusing balik dari mana kami datang atau tukar arah pergi ke Reno, Nevada di mana cuaca lebih baik.  Siapa yang tidak ada "snow chain" mereka ada menyediakan dengan bayaran sebanyak US$30.00 memasangnya kemudian membukakan semula setelah selamat melalui menyeberang jalan bahaya itu di sebelah sana.  


"Snow chain" untuk keselamatan

Seorang dari pihak berkuasa menghampiri kami dan Pak Long menurunkan cermin kereta.  "Sir, I guess you don't want us to fix snow chain on to your tyres?  We can do it if you wish, but I don't recommend it.  I have one like this myself and its ground clearance is very low..."

"No, Sir... I don't think so", jawab Pak Long.  "How bad is it?"

"Very bad...snow is up to 2-3 feet in the mountains.  No one can pass through the mountains without the snow chains..... I recommend you go to Reno or anywhere that way.... " jawab polis tersebut.

"Thank you....",  kata Pak Long.  Aduhaiii kami terperangkap nampaknya kali ini!

Ribut salji

Pak Long tidak mahu "snow chain" dipasang pada tayar tambahan kereta kami terlalu rendah untuk dipasang "snow chain".  Jadi kenalah pusing balik mengikuti jalanraya ke Reno.  Salji turun semakin lebat hingga hampir-hampir enam inci tebalnya di atas jalan ditambah dengan ribut sekali membuat pemandangan tidak jelas dan merbahaya. Tidak pula boleh berhenti ditakuti kenderaan yang lalu tidak nampak dan salji yang semakin lebat akan tengelamkan kami pula.






Video U-tube di atas banyak persamaan yang kami lalui ketika berada di Yuba City, California.  Mak Long masih belum mampu/pandai bagaimana hendak masukkan video sendiri ke U-tube.

Pak Long tukar fikiran banyak kali tidak pasti arah mana patut kami pergi, ke Reno atau ke Carson City atau pusing ke arah selatan!  Betul-betul buat Mak Long takut dan susah hati.... Stress ooo.

Pak Long pandu kereta arah ke suatu jalanraya yang nampaknya tiada banyak salji.  GPS tidak berfunsi dengan baik untuk mengetahui arah jalan sedangkan papan tanda sudah diselaputi salji!  Jalan itu lengang seperti boleh dilalui, jadi sedaplah hati kami sedikit.  Tetapi hanya seketika sahaja ... tidak sampai lebih kurang sepuluh batu salji mulai turun seperti awal tadi.  Kemudian kami nampak seorang lelaki berhenti di sisi jalan.  Nampak gayanya dia sedang bersedia untuk mengenakan "snow chain" pada tayar trucknya.  Pak Long berhenti bertanya, "Is it worst up there?...."



"Seems that way.  I saw those cars skided and slided down....!" jawab lelaki itu.



Sedang pasang "snow chain"

Pak Long teragak-agak samaada mahu teruskan atau pusing balik!..  Kami dapat mara kehadapan hanya beberapa ela sahaja apabila kereta kami mulai menggelongsor menghala ke gaung berhampiran yang entah berapa jauh dan dalam ke bawah!  Pak Long tekan break tetapi tidak berapa makan!  Kereta oh kereta ....  Mak Long berasa nyawa sudah terlalu hampir sangat di penghujung .. entah berapa puluh kali banyaknya Mak Long mengucap dan berdoa tidak putus-putus agar Allah lindungi kami dan semua yang terlibat.  Pak Long minta Mak Long turun dan tengokkan anggaran antara jalan dan parit di sebelah gunung bila Pak Long cuba mengundur untuk berpusing.  Waaa .... salji hampir masuk dalam kereta apabila pintu kereta dibuka!  Kaki tenggelam dalam salji hampir setengah ke lutut.  Mungkin oleh kerana terlalu ketakutan dalam keadaan yang mencemaskan itu Mak Long sedikit pun tidak terasa kesejukan ketika itu.  Kereta tidak boleh bergerak kehadapan, setiap kali tekan minyak kereta menggelongsor hingga melintasi lorong sebelah menuju ke gaung.  Kalau ada kenderaan datang ketika itu habislah kami!   Akhirnya Pak Long memberi isyarat agar Mak Long masuk semula ke kereta.  Kesihan Pak Long banyak kali dia meminta maaf dan menyesali kerana membawa dan menakutkan Mak Long ke jalan itu.  Mak Long cuba menenangkan hatinya bukanlah salah sesiapa.  Perlahan-lahan dengan berhati-hati Pak Long undur seinci dua kemudian berhenti pelan-pelan dan ulang perbuatan begitu hingga kereta sudah boleh berpusing ke belakang.  Mungkin mengambil masa lebih kurang lima belas minit berkeadaan begitu.  Allah hu akbar .... Alhamdulillah...   


Kami teruskan perjalanan perlahan-lahan.  Tiba-tiba Pak Long kata "Oh no!... a truck with a trailer is coming fast behind....!"  Mak Long lihat melalui cermin sebelah kanan... satu truck sedang menghirit trailer seperti tidak terkawal datang dari arah belakang kami.  Alamak!  sekali lagi bahaya mendatang... belum habis lagi!  Kami tawakal dan berserah bulat-bulat pada Allah!  Itulah kuasa Allah... tetiba truck itu tidak nampak lagi di belakang kami entah ke mana perginya ... phewww....


Kami mengalih jalan menghala ke Reno.  Punyalah lega rasa hati kami...  Kami berhenti untuk isi minyak.  Hujan masih lebat berserta tiupan angin ribut kuat tetapi tiada salji turun.  Ternampaklah pula terpampang tanda amaran digital tepi jalan mengatakan "CAUTION! STRONG WIND!".  Allah hu akbar!  Setelah berhampiran dengan Bandaraya Reno, Pak Long berkata tidak perlu berhenti di situ.  


Reno adalah sebuah bandar terkenal dengan aktiviti perjudian casino dan kami tidak berminat bermalam di situ.  Maka perjalanan diteruskan arah selatan melalui Carson City di Nevada.  Kami menggunakan lebuhraya 395 apabila sampai di kawasan Minden iaitu lebuhraya yang sama kami lalu ketika datang beberapa hari lalu.  Suhu yang dicatat oleh kereta di luar sana ketika itu bertambah sejuk dari 30 degrees feranheit ke bawah aras beku.





Rupanya pengelaman ngeri dan bahaya yang baharu sahaja dilalui masih belum habis bagi kami pada hari itu.  Semua simpang ke jalan melintas menyeberang Pergunungan Sierra Nevada seperti Senora Pass, Bishop dan Lee Vining ditutup kepada semua lalu-lintas kerana ribut salji.  Bermakna kami terpaksa terus ke selatan kemudian mungkin baharulah boleh menuju ke bahagian barat dan utara California.  Lebuhraya 395 ke selatan juga dituruni salji tebal dengan ribut sekali.  Jalan licin dan bahaya.  Kelihatan beberapa kenderaan tersadai di tepi jalan, ada yang sudah hampir masuk gaung, ada yang sudah terbabas dan ditimbus salji!  Macam-macam rupa kemalangan kenderaan di jalanraya.  Yang pelik dan menariknya ada beberapa penunggang motorsikal berenjin kuasa tinggi (Harley Davidson dan BMW) terkial-kial menyorong motor.  Alhamdulillah, kereta kami tidak apa-apa, ... kami amat bersyukur kepada Illahi yang masih sayang dan memberi peluang untuk kami terus hidup.

Hampir jam lima petang baharulah keadaan reda dan dapat memandu kereta lebih baik dan selesa.  Sepanjang perjalanan itu kami hanya berpandukan pada peta mencari jalanraya yang boleh dan  selamat dilalui.  Keadaan cuaca terlalu mendung, membaca peta tidak jelas.  Mujur juga kerana kami membawa lampu suluh untuk membaca peta.  Kami sampai di persimpangan Jalan 178 simpang terakhir yang dibenarkan untuk dilalui menyeberang pergunungan.  Jalan itu melalui bandar-bandar kecil seperti Onyx dan Lake Issabella menujuk ke Bandar Delano di balik gunung.  Ketika sampai di situ hari sudah mulai gelap dan tiada satu pun hotel atau homestay terdapat di sepanjang jalan kelihatan.  Jalan itu pula semakin sempit dan bengkang bengkok seperti ular kena beduk.  Banyak selekoh bahaya...gelap tidak nampak pemandangan di luar.  Kami redah dan tawakal sambil mohon perlindungan dari Nya agar kami selamat sampai ke seberang sana. Sekali sekala kami melalui kawasan perkampungan dan pekan kecil.  Mak Long meletakan sepenuh kepercayaan kepada suami memandu sambil berdoa kepada Nya.  Akhirnya kami selamat menyeberang banjaran gunung dan sampai di balik sebelah sana.  Lega rasanya bukan main....  Kami sampai di Bandar Delano lewat pukul sepuluh malam di mana kami bermalam di Hotel Best Western.  Dengan peristiwa yang berlaku sepanjang hari itu membuat kami lupa bahawa perut juga perlu diisi.  Tidak perasan perut sudah puas berkeroncong hahaha.  Sudah lewat kami malas hendak cari tempat makan.  Makan sahaja bekalan yang kami bawa dari rumah... sardine bercili dalam tin dan biskot  hahaha... ok rezeki juga.


23/4/2016:  Perjalanan Hari Kelima    


Hotel Best Western di Delano tidak ada yang istimewanya selain harga yang tinggi tidak berpatutan dengan harga yang dibayar.  Sarapan pagi pun seperti tidak mencukupi untuk pelangan.  Tetapi itukan California sebuah negeri yang mahal taraf hidupnya.  Namun kami bersyukur dapat tidur atas katil merehatkan keletihan badan.  Kami telah mengalami peristiwan bahaya dalam ribut salji semalam.  Peristiwa yang tidak akan lupa dari ingatan.  Juga beroleh pengajaran untuk mengatasi keadaan  seperti itu serta belajar bersabar dan bersyukur.


Ladang Pecan

Pepagi pukul lapan lagi kami sudah meninggalkan hotel menuju ke utara.  Matahari bersinar menjanjikan hari yang cantik mendatang.  Lebuhraya yang kami lalui kali ini ialah Lebuhraya 99 di mana di kiri dan kanan sepanjang jalan terdapat ladang-ladang luas menghijau dengan subur.  Tidak tahu pula penanaman apakah.  Yang pasti Mak Long kenal adalah ladang anggur dan pecan.  California ialah antara negeri di Amerika yang menjadi pengeluar terbesar dalam bidang makanan dan pertanian.   Antara pertanian yang terbesar ialah strawberry, badam, minyak zaitun dan buah kurma.




Kami berhenti untuk makan tengahari di Restauran Red Lobster, Stanton.  Ikan salmon dan salad pilihan Mak Long.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senangnya hati hahaha.....

Selepas makan Pak Long beria mencari tempat mencuci kereta.  Kereta perlu dicuci kerana jalanraya yang dilalui semalam mengandungi garam yang disembur untuk mencairkan air batu atas jalan.  Kalau tidak dicuci nanti berkarat pulak kereta...  "Stress" juga hendak cari tempat cuci kereta!  Bekalan air di California sentiasa dicatu.

Kami telah rugi satu hari semalam.  Sepatutnya hari kelima kami sudah sampai di daerah Red Bluff terletak di utara California.  Tidak mengapalah ... jadikan satu pengelaman hidup.