Pages

Thursday, October 13, 2016

Salam Sejahtera

Assalamualaikum,





Salam sejahtera diucapkan kepada semua sahabat-sahabat Mak Long yang dihormati dan dikasihi.  Sudah hampir dua minggu Mak Long pulang dari tanahair tercinta.  Selama itulah Mak Long mengalami "jet-lag", sakit-sakit badan, demam dan alahan.  Semua penyakit datang sekali arong dalam satu masa yang sama.  Tenaga dan kekuatan minda sekali rebah jatuh luruh entah ke mana.  Agak-agak berderai-derai dosa Mak Long gugur ke bumi hahaha...

Hari ini, alhamdulillah bolehlah juga keluar rumah...  

Cuaca di Texas Hill Country kini sudah beransur dingin terutama waktu pagi dan petang, daun-daun dari beberapa jenis pokok sudah mula bertukar warna kekuningan dan gugur.  Yer, musim gugur sudah datang kembali.  Daerah-daerah sebelah utara memanglah sudah sejuk dan musim gugur sedang rancak.  Di sebelah selatan Amerika di mana kami berada lambat sedikit, setengah bunga masih rancak berbunga seolah-olah dalam musim bunga.  Waktu-waktu beginilah di mana debunga dan habuk dari daun yang gugur menyebarkan debungan dan kuman alahan.  Ada juga jenis-jenis pokok daun hijau yang tidak bertukar warna dan tidak gugur hingga ke musim sejuk.  Semakin umur kita memanjat tinggi, semakin mudah mendapat alahan dan penyakit.  

Walau apa sekali pun Mak Long bersyukur dapat meluangkan masa untuk keluarga terdekat di tanah air dan alhamdulillah dapat menjaga Emak sebaik yang terdaya.  Cumanya rasa terkilan tidak dapat meluangkan masa untuk bertemu dan berkenalan dengan sahabat-sahabat blogger seperti Uncle dan Kakcik Seroja dan lain-lain.  Belum ada rezeki mungkin untuk bertemu kenal.  Tetapi kiranya ada di kesempatan dan kemudahan di masa akan datang, insya Allah muga dipermudahkan oleh Nya. 










3 comments:

  1. Salam Jumaat Mak Long,
    Have a nice day. Be healthy and happy selalu.Autumn..mengingatkan kesejukan Scotland dan daun2 yg berguguran.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Mak Long...

    Tak mengapa, InsyaAllah jika ada izinNya pasti kita akan bersua juga.

    Jaga kesihatan Mak Long ya. Salam untuk Pak Long juga. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mak Long.

    Tak ada masalah..Kita jumpa di Texas nanti ya! Hahahahahahahaha.....Yang paling penting tugasan menjaga ibu itu perlulah didahulukan. Sebelum saya terlupa, terimakasih banyak-banyak kerana menalipon saya sewaktu Mak Long di KL. Pesanan saya untuk Mak Long, jagalah kesihatan. Bak kata orang kampung saya di Gelugoq, Penang, "Health Is Wealth!" Hahahahahahahaha.....

    ReplyDelete