Pages

Saturday, August 27, 2016

Pulang Ke Tanahairku

Assalamualaikum,

Diam tidak diam sudah hampir setahun Mak Long tidak pulang ke tanahair.  Bukannya tidak rindu kepada tanah kelahiran, bukan main lagi, Tuhan sahaja yang tahu betapa rasa rindu itu di hati.  Namun perasaan itu disimpan baik-baik agar tidak ketara kepada Pak Long, walaupun beliau tidak pernah menghalang bila-bila masa Mak Long mahu pulang ke kampung.  Menyedari tanggungjawab sebagai seorang isteri itulah membuat Mak Long diam-diam sahaja.

Seruan dari tanah tumpahnya darah itu semakin menebal sekian hari.  Mak Long selamat sampai Kuala Lumpur semalam petang .. Alhamdulillah .... Wahhh panas lembab betul cuaca.  Berpeluh dan berkeringat melekit seluruh anggota.  Walaupun badan mengalami keletihan (jetlag) dengan penerbangan jauh selama 21 jam lebih, dengan pertukaran cuaca dan suasana sekeliling, hati ini tetap bersyukur dan gembira menemui keluarga tersayang yang selama ini tidak lekang dari ingatan.  Melihat kegembiraan terpancar di wajah keluarga membantu menyegarkan minda tua ini.  Alhamdulillah.....

Malaysia tanahair tercinta.  Begitu banyak berubah rupa yang ketara walaupun hanya dalam setahun masa berlalu.  Di jalanrayanya...waaaa setiap jalan yang dilalui pasti mengharungi kesesakan lalu lintas ketara.  Terasa bimbang dan was-was di fikiran, mampukah diri ini memandu kereta sendirian di tengah-tengah arus lautan kesibukan lalu lintas.  Aduhai....  Penyakit ganjaran kemajuan di negara membanggun.

Bangunan tinggi-tinggi di setiap inci di bandaraya seperti cendawan tumbuh bercambah tanpa gangguan.  Bandaraya Kuala Lumpur sudah berubah rupa!  Begitu juga penghuninya!  Yang belum berubah rasa nasi lemah kegemaran Mak Long.  Hahahaha sarapan pertama di Kuala Lumpur....sedap dan berselera ....my comfort food!








7 comments:

  1. Balik Kampung ye mak long...cian pak long kena tinggal tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya balik menemui keluarga dan sahabat handai dan muga dipermudahkan urusan.

      Delete
  2. Alhamdulillah...selamat kembali walaupun untuk seketika.

    Bilalah saya berpeluang berjumpa dengan Mak Long agaknya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keinginan di hati Mak Long pun sangat teruja hendak bertemu dengan sahabat-sahabat blogger kita. Mudahan keinginan ini tercapai terutama Kakcik, Uncle dan lain-lain, Ini kontek Mak Long ya Kakcik 011-16111568

      Delete
  3. Alhamdulillah maklong dh selamat sampai kekampong halaman sendiri
    Mesti gumbira dpt berjumpa family tersayang kan

    ReplyDelete
  4. Welcome back Mak Long...Berapa hari ni? Boleh kumpul a few more and pergi minum kat mana-mana! Kalau Mak Long pree lah!

    ReplyDelete