Pages

Tuesday, August 9, 2016

Melawat Ernie Dan Brenda

Assalamualaikum,

Dari catatan:

12/7/2016

Selepas sarapan bersama sahabat sekolah Pak Long Faye, kami teruskan perjalanan kami dari Bowling Green, Kentucky ke Champagne, Illinois.  Kami ni selalu benar bermusafir dan kerap di atas jalan sahaja.  Gemar berjalan jauh melawat tempat-tempat yang belum pernah kami pergi dan lihat.  Masaalahnya Mak Long bila lebih sahaja dari seminggu berjalan, hati mulalah teringatkan rumah.  Rasa hendak balik rumah jam itu juga. 

Sekarang baharulah faham mengapa Emak bila beliau bertandang ke rumah kami, belum pun beberapa hari selalu sahaja hendak balik cepat tidak boleh tinggal lama-lama.  Emak akan kata "ayam, kucing di rumah entah apa kabonye......  Risau entah-entah musang pulak datang nangkap ayam....!".  Semakin tua umur kita rupanya macam-macam benda datang melayang di fikiran.  Ada yang penting dan ada yang tidak masuk akal pun ada melayang di benak kepala.  Sabar sahajalah.....


Pokok jagung

Pemandangan di sepanjang perjalanan amat menarik dan sangat cantik dengan ladang jagung menghijau terbentang luas di kiri kanan jalanraya.  Rasa tenang dan damai menikmati pemandangan tanaman yang subur dan menghijau.  Penanaman jagung adalah pilihan utama tahun 2016 bagi seluruh negara Amerika.  Rata-rata jagunglah yang kelihatan.... dari Kentucky hinggalah sepanjang ke utara Amerika, jagung..jagung...jagung!  Jagung yang diusahakan oleh petani itu ialah jagung untuk diusahakan sebagai pengeluaran bahan lain seperti ethanol, minyak makan, makanan binatang ternakan dan lain-lain.  Penanaman jagung manis adalah jagung untuk hidangan.  Sedap jagung manis nih, kegemaran kami juga.  Kalau sudah musimnya harga jagung manis murah lebih kurang US$1.00 sahaja untuk lima atau enam tongkol jagung.


Ladang jagung sepanjang jalan

Pengusahaan tanaman jagung (corn atau maize) adalah satu dari sumba ekonomi terbesar United States selain gandum, kentang, kacang soya dan lain-lain yang diekspot ke seluruh dunia.  Penanaman jagung terbesar di America amnya terdapat di Iowa dan Illinois.


Silo dan bangsal warna merah

Silo untuk jagung

Kebanyakan ladang daerah itu dipunyai oleh peladang persendirian.  Kerana itu setiap beberapa batu terdapat silo dan bangsal di tengah-tengah ladang.



Bangsal dan jagung


The Jefferson Davis Monument

Dalam perjalanan itu kami singgah di Kentucky State Park iaitu dalam daerah Fairview, Kentucky.  Di situ bertempatnya sebuah tugu tinggi diberi nama "The Jefferson Davis Monument" sebagai memperingati jasa President Jefferson Davis iaitu President Conferderate States of America. Beliaulah yang memegang teraju perjuangan dalam peperangan persaudaraan dan menempah nama dalam "Confederate States of America".


Jefferson Davis Monument

Tingginya tugu itu ialah 351 kaki (107 m).  Kami berpeluang masuk dalam tugu itu dan naik sampai ke puncak dengan bayaran sedikit sahaja dan ditemani oleh pengawal tugu tersebut.  Gayat juga oooo melihat ke bawah dari puncak melalui tingkap kecil yang berpagarkan besi.


Pemandangan dari puncak tugu Jefferson Davis

Kami selamat sampai ke rumah Ernie sudah pun petang dan kami keletihan.  Ernie sudah menunggu ketibaan kami.  Brenda isterinya masih belum pulang dari kerja (hari pertama Brenda kerja di tempat baru kata Ernie).  Sebenarnya sebelum ini Pak Long berbelah bagi samaada hendak bermalam di rumah mereka atau di hotel.  Tetapi tidak tidak sampai hati dan tidak mahu pula mereka berasa hati sekiranya kami tinggal hotel.  Maka malam itu kami putuskan bermalamlah di rumah mereka sahaja.  Bukannya apa...  Mak Long ni ada alahan dengan bau dan bulu binatang walau pun awal tahun ini sudah menerima suntikan alahan.  Mereka mempunyai lima ekor kucing besar berbulu tebal yang sangat comel-comel belaka termasuklah seekor anjing peliharan mereka.  Anjing itu suka mahu menjilat-jilat walaupun Ernie dan Brenda berkali-kali cuba menghalang/marah pada binatang mereka dari mengganggu kami.  Mak Long tidak benci pada anjing.  Anjing juga mahluk Allah.  Entah apa kenanya anjing itu suka benar menekati Mak Long?  Berfikir juga kenapalah tidak diletakkan anjing itu di luar atau di dalam garage.....!?  Mujurlah ada bawak bekal sabun khas untuk samak najis!  Semuga Allah ampunkan Mak Long kerana berasa tidak begitu ihlas dengan keadaan begitu.  Segalanya adalah ujian.....


Abang dan adik

Pak Long sedih Ernie masih tidak berubah.  Masih merokok malah lebih kerap lagi dan gemar minum minuman keras dan kuat mengopi.  Nasihat Pak Long dulu masuk telinga kanan keluar telinga kiri..... tapi yelah apa hendak dibuat, masing-masing punya pilihan hidup. 

Brenda ialah isteri Ernie yang kedua.  Beliau adalah seorang jururawat yang berpengelaman dan seorang ibu yang baik.  Satu sahaja..... dia juga kuat merokok serta penagih kopi starbuck!  Nasib baik tidak penagih dadah!  Ernie merokok dan gemar minum-minum!  Bayangkanlah dua perokok dalam sebuah rumah.  Warna dinding rumah asalnya berwarna putih sudah bertukar jadi warna kuning berkarat begitu juga warna langsir rumah sudah jadi warna cekelat.   Biasanya tabi'at yang sudah sekian lama menguasa diri seseorang itu susah hendak berubah tanpa ada keazaman diri sendiri untk berubah.  Esoknya pagi-pagi lagi selepas minum kopi kami bertolah meninggalkan rumah Ernie.  Pooooh leganya....!

Kami terus menghala ke utara Illinois arah ke Wisconsin.  Singgah sebentar di rumah sahabat Pak Long di Juliet, Illinois.  Ini kali kedua kami ke rumah mereka iaitu Dick Smith dan Aileen.  Baik dan ramah orangnya tidak berubah.  Dick dan Pak Long pernah bertugas di syarikat yang sama di suatu ketika dahulu.  Aileen mempunyai hobi yang sama dengan Mak Long... Menjahit dan membuat quilt.  Dengan gembira beliau menunjukkan quilt-quilt yang telah siap hasil tangannya.  Cantik dan kemas jahitannya buat hati Mak Long mula teruja menyambung semula hobi tersebut.  Seperti Mak Long, beliau pun tidak menjual quilt tetapi sedekah dan menghadiahkan kepada keluarga dan mereka-mereka yang memerlukan.

Dari situ kami terus ke Wisconsin perjalanan yang jauh dan sampai sudah lewat hampir habis waktu Asar.  Kami terus ke hotel yang telah ditempah biliknya sejak awal lagi.  Hotel Best Western terbesar yang pernah kami menginap.  Hotel lama dan dari penampilan keadaannya ia dijaga rapi.  Tentunya meninggalkan beberapa sejarah yang unik.  Kami kepenatan ......jadinya tidaklah kemana.  Rehat sahaja....menunaikan kewajipan.









12 comments:

  1. Pisang setandan tidak sama masaknya....apatah lagi hubungan persaudaraan,

    Biarpun adik beradik, pasti sikap ada bezanya. Yang penting, hubungan persaudaraan tidak putus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y,er betul kata-kata perpatah Melayu tu ya Kakcik.

      Delete
  2. Lama-lama tenung gambar tu baru perasan yang keduanya ada persamaan. Senyuman yang 'identical'. Rajinnya Mak Long berjalan...Kalau sayalah kan......pengsan!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Uncle jangan tenung lelama, nanti mereka sergah Uncle .. Ketika mereka muda rupa mereka seperti kembar. Jarak umor mereka hanya setahun jer.

      Delete
  3. Ya Allah mak long, ralit saya baca entri dari kisah Ramadhan lagi.. sampai nak Maghrib dah ni he he. Selamat hari raya maaf zahir batin mak long dan pak long sekeluarga.

    Seronok betul Pak Long berjumpa kawan-kawan lama dan saudara maranya ya. Tak banyak sedikit tentu mak long teringat kawan-kawan sekolah mak long yang jauh di Malaysia ni kan.

    Mak Long, semakin lama membaca tulisan mak long ni, semakin teringin melihat wajah mak long... mungkin satu hari nanti ya.

    Akhir kata, teruskan menulis di perantauan dan jaga diri baik-baik ya mak long. Nak azan maghrib kejap lagi. Bye mak long..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik mid. Apabila kita hidup berjauhan dari keluarga, sahabat handailah jadi penganti dan merekalah pembantu bila kesusahan yang terdekat. Hati Mak Long sentiasa merindui tanah air. Mudahan kita ada rezeki untuk bertemu semuka di suatu hari.

      Delete
  4. Oh ya mak long. gambar pak long yang berbaju hitam kan. Nampak jauh lebih sihat dan sihat dari adiknya. Alhamdulillah. Semoga Allah terus memelihara mak long dan pak long ya. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. macam ibu_suri juga. walaupun saya tawarkan tidur di hotel asalkan boleh ziarah mak lebih dari sehari, dia tetap mahu balik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita budak-budak dulu semua itu tidak jadi hal... Tau seronok jer kan.

      Delete
  6. Mak Long, saya boleh faham perasaan tidur di rumah Ernie tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Adik Aziela. Perbezaan hidup dalam rumah tangga antara dua benua. Ada kebaikan dan ada keburukan.

      Delete