Pages

Friday, June 3, 2016

Kembara Ke California 4

Assalamualaikum,


27/4/2016 (Rabu) :  Perjalanan Hari Kesembilan


Bandaraya San Francisco Dan The Golden Bridge of San Francisco


Kami bertolak dari Hotel Best Western, Healdsburg selepas sarapan kira-kira pukul 8.40 pagi sementara suhu pula hanya 55 degree fahrenheit lebih baik dari hari-hari yang lalu.  Perjalanan dari hotel menuju ke Bandaraya San Francisco tidak jauh mengambil masa yang pendek sahaja kira-kira empat puluh lima minit perjalanan buat orang California.  Buat kami mengambil masa lebih sedikit macam kura-kura ...hahaha.  Cara orang California pandu kereta tidak tahu apa perkataan yang tepat diberikan pada mereka.  Yang untung buat duit ialah tukang baiki "break" kenderaan, mereka boleh mengaut keuntungan besar dengan hanya memperbaiki "break" kenderaan.  Bagi yang bercita-cita tinggi ingin berjaya mencari duit lebih bolehlah jadi tukang baiki kereta... satu perusahaan yang baik.  

Semakin berhampiran perjalanan ke San Fancisco laluan trafik semakin sibuk.  Terasa tidak sabar pula hendak melihat dengan mata sendiri jambatan keagongan dan tersohor "The Golden Bridge of San Francisco".  Sejak di bangku sekolah dulu pun sudah belajar tentang sejarah jambatan berwarna merah itu, mengapa ia dibina dan bagaimana.  Di bawah ini adalah pandang pertama "The Golden Bridge of San Francisco".  Kabus menghalang pengelihatan yang jelas.  

Pandang Pertama The Golden Bridge of San Francisco

Saat-saat dan debaran jantung ketika lalu menyeberangi di jambatan tersohor seluruh dunia.  Jambatan warna merah macam warna karat besi.

Lorong menyeberang The Golden Bridge of San Francisco

Sampai di Bandaraya San Francisco, laluan bertambah sibuk.  Kami berhajat berhenti di perhentian sebelah utara sebelum menyeberang jambatan merah itu.  Tetapi sayangnya lorong masuk ke perhentian tersebut ditutup serta dijaga oleh beberapa orang polis bertugas.  Maka kami teruskan menyeberang jambatan itu menuju ke perhentian sebelah selatan.  Kena bayar tol!  Bayaran tol yang dikenakan tidak perlu dibayar ketika itu. Sebaliknya bil bayaran akan dipos berpandukan dari number plate kereta ke alamat rumah nanti.  Setelah melalui jambatan merah tua itu Mak Long barulah mengerti akan keagungan dan keistimewaannya.  Ia sebuah jambatan tua yang mempunyai sejarah lama juga masih tegap mampu digunakan hingga kini.  Pemandangan terang ketika tiada kabus ia disinari matahari petang yang memberi pemandangan yang menakjubkan.  Jambatan  itu dibina dalam tahun 1934.

Di atas jambatan The Golden Gate of San Francisco

Pemandangan gambar di bawah diambil dari perhentian sebelah selatan jambatan.  Kabus membuatkan pemandangan kabur sedikit.


Pemandangan The Golden Bridge of San Francisco

The Golden Bridge of San Francisco

Kami berhenti di perhentian sebelah selatan.  Sudah ramai pengunjung yang datang dari pelbagai pelusuk dunia untuk melihat jambatan tersebut.  Cuaca di situ sejuk kira-kira 45 degree fahrenheit ditambah dengan tiupan angin dari Lautan Pacific dan Teluk San Francisco.  Kabus menyelubungi kawasan membuat pemandangan tidak begitu jelas.  Namun banyak juga gambar yang dapat dirakam.  Pak Long kata dia tidak berminat berjalan kaki menyeberangi jambatan.  Mak Long anggok sahaja setuju.  Sejuk-sejuk nanti terbang ditiup angin, baru padan muka.


Lorong ke Visitor Centre

Kami berjalan melalui lorong di bawah jambatan ke "Welcome Centre" di mana segala penerangan berkenaan Bandaraya San Francisco dan jambatan boleh diperolihi.  Di laluan itu eloklah berhati-hati kerana ramai pengayoh basikal berkeliaran dan anak-anak muda dengan "skate-board" (papan roda).  Silap haribulan bertembong!  Apabila kegilaan mengambil alih perasaan dan fikiran mereka maka macam-macam boleh berlaku.  Bermacam jualan cenderamata di situ termasuk T-shirt, key chain, magnet peti sejuk dan lain-lain.  Mak Long beli juga dua tiga cenderamata.  Yang lain hati rasa tidak berminat.  


Pemandangan The Golden Bridge of San Francisco dari sebelah Visitor Centre

Walau pun cuaca sejuk, ada juga anak-anak muda yang berani berenang di dalam air yang bergelora itu.  Pak Long minta gambarnya diabadikan berlatar belakangkan jambatan merah berkarat.  Aee wahh....

Pak Long bergaya

Jambatan Merah

Di bawah ini adalah papan penerangan digital.  Bagaimana ia berfunsi?  Berdiri dari sebelah kiri, berjalan perlahan-lahan ke kanan.  Apa yang berlaku ialah gambar dan tahun akan bertukar mengikut gerak badan dari mula jambatan The Golden Bridge dibina hingga ia siap dan keadaan terkini.  Cangih tidak perlu baca, memahami melalui melihat gambar video. 


Papan penerangan digital

Mak Long melangkah keluar melihat ke arah The Golden Gate of San Francisco dari sudut lain.  Di situ sayup-sayup boleh nampah Pulau Alcatraz di mana terletaknya sebuah penjara yang menempatkan penjahat-penjahat berbahaya.  Teringin pula hendak ke sana melawat dan tengok suasana penjara terseksa ....  


Pulau Alcatraz

Siapa sangka?

Sedang Mak Long asyik mengambil gambar, seorang minah saleh berpakain warna oren cerah cantik, bertopi besar tiba-tiba menegur, "Aren't these flowers beautiful?  Those are originally come from Africa....." (Cantikkan bunga-bunga tu?  Yang itu berasal dari Afrika), sambil jari telunjuknya menunjuk kepada bunga yang dimaksudkannya.   Mak Long tanya apa namanya bunga itu.  "Protea...", katanya sambil mahu menalipon seorang sahabatnya untuk memastikan nama bunga itu tepat.  Mak Long kata tidak mengapalah nanti senang-senang boleh google sahaja.  "Oooo boleh google ya." Tanyanya pada Mak Long dan menjawabnya iya.  Entah mengapa rasa tidak selesa dengan wanita itu.  Mak Long mahu berlalu segera dan meneruskan ambil gambar.  Bukan selalu dapat datang melawat tempat-tempat begitu.

Pincushion protea

Mak Long google tentang bunga protea.  Memang benar bunga tersebut berasal dari Negara Afrika.  Bunga cantik ini kembang dengan berbagai warna ... warna kuning, oren, unggu dan merah.

Protea dari dekat

"Saya ada sesuatu hendak bagi awak...", katanya.  Pelik sahaja wanita ini!  Tidak kenal mengenal sudah mahu beri sesuatu pula.  Dia mengeluarkan dua naskah buku kepada Mak Long.. Sepintas lalu nampak jenis buku-buku itu.  Buku kitab Injil!  Astaghrafirullah hal'azeemmmm... Tetapi Mak Long jawab dengan baik dan berikan senumam penuh erti kepadanya sambil mengatakan tidak berminat dengan buku itu!  Wanita itu pendakwah agama Kristian!  Dan Mak Long terus berlalu dari dia.  Mak Long ceritakan pada Pak Long tentang perempuan tersebut.  Ketika kejadian itu berlaku Pak Long masih duduk di hadapan Welcome Centre tunggu Mak Long sibuk mengambil gambar.  "Time to go to your friend's place..!"  Pak Long berkata pendek.  Lantas kami terus beredar dari situ.


Sabar menunggu

Kami ke rumah seorang sahabat Mak Long yang tinggal di sebelah utara bandaraya itu.  Kami arahkah minah GPS ke alamatnya.  Hampir satu jam lebih juga perjalanan.  Menurut Rose perjalanan dari San Francisco ke rumahnya mengambil masa hanya 40 minit sahaja..ha'ah pandu kereta pesen orang California!  Mujurlah ada si minah GPS.  Kalau tidak memang tidak akan sampai-sampailah kami!  Jauh juga perjalanan itu.  

Perjalanan itu membawa kami melalui "down town" (tengah bandar) San Francisco.  Keadaan jalanraya di sana terdapat banyak lubang dan lopak seperti terdapat di bandar-bandar di Malaysia.  Mungkin jalanraya di Kuala Lumpur lebih baik!  Ramainya penduduk dalam bandaraya itu.  Setiap sudut ada sahaja manusia seperti berlumba-lumba berjalan laju ke tempat kerjakah atau sahaja mereka berjalan begitu!  Di bandaraya itu pemandu kereta sentiasa berhati-hati kepada perjalan kaki melintas jalan.  Malah perjalan kaki tidak pula kesah melihat ke kiri atau ke kanan bila menyeberang jalanraya.   


Homeless 

Ramai penganggor dan penghuni jalanan di merata tempat berkeliaran.  Kehadiran mereka membuat rasa tidak selesa dan tidak selamat.  Mak Long tidak sekali-kali bermaksud menghina atau memandang rendah kepada mereka yang hidup melarat.  Dua kali pengelaman kami berhadapan dengan mereka ketika berhenti di suatu tempat di Stanton dan Healsburt, California.  Mereka menghampiri kami meminta wang, makanan tidak mahu terima!  Cerita mereka sama sahaja alasan hendak memberi makan pada keluarga kelaparan.  Lepas itu pula mereka membawa anjing untuk meminta sedekah.  Kalau sudah tidak ada duit untuk diri sendiri tidaklah perlu memelihara anjin yang menjadi mangsa.  Yang menariknya mereka yang Mak Long lihat mempunyai talipon bimbit yang canggih!  Tenggoklah gambar yang sempat dirakamkan dalam perjalanan.  Tersadai di tepi jalanraya melayari internet...  Kami sendiri rasa tidak mampu mempunyai talipon canggih!  Muga tidaklah sampai macam itu sakitnya masyarakat anak-anak muda bangsa Melayu di tanah air.

Kami lalu di dua lorong Chinatown.  Ketika berada di kawasan itu berasa seperti berada di Chow Kit Road atau di Chinatown di Kuala Lumpur.  Chinatown itu terletak di Grant Avenue dan di Stockton Street.  Di situlah terdapat masyarakat China terbesar sekali yang tinggal di luar dari Benua Asia.  Tidak banyak perubahan cara hidup mereka dari cara hidup di negara mereka sendiri walau pun kini mereka hidup di tengah-tengah bandaraya yang serba moden.  

China Town

Keluar dari "down town" kami melalui Bay Bridge (Jambatan Bay) berwarna putih.  Mak Long rasa jambatan itu lebih cantik dari The Golden Bridge.


Bay Bridge

Bay Bridge juga dipanggil San Francisco-Oakland Bay Bridge .. terlalu panjang nama dan susah hendak menyebutnya!  Jambatan itu merintangi Teluk San Francisco yang juga menjadi sebahagian daripada Lebuhraya 80.  Ia dibina dalam tahun 1933 dan dibuka dalam tahun 1936 iaitu enam bulan sebelum Golden Gate Bridge dibuka.  


Bay Bridge

Bay Bridge

Rose sudah menunggu ketibaan kami.  Suaminya seorang berbangsa Itali tiada di rumah, berkerja menurutnya.  Kebetulan hari itu adalah hari cuti bagi Rose dari tempat kerjanya di sebuah restauran.  Masuk sahaja dalam rumahnya hidung Mak Long kembang kuncup, semerbak bau rempah dari masakannya tengahari itu.  Amboiiiii sedapnya bau sudah rasa macam berada di tanahair, apa lagi rasa terlioq yang amat sangat hahahaha... Pasai makan hahahah....

Rose Galletta

Bukan main seronok, kami bersalaman dan berpelukan mesera macam sudah kenal rapat.  Pak Long memerhatikan telatah kami hahaha...  Maklumlah kami sama-sama hidup berdagang di negara asing, bila dapat berjumpa "orang sendiri" susah hendak diceritakan rasa gembira dan sebak di hati.  Beginilah keadaan hidup merantau....  Kami berusaha mencari sahabat-sahabat dari tanah air tidak mengira bangsa dan agama, bertemu dan berkumpul untuk merapatkan hubungan sesama.  Rose mengundang kami agar bermalam di rumahnya di hujung minggu itu.  Sebelumnya Mak Long telah memberitahunya akan kedatangan kami melawat California.  Suaminya ada di rumah di hujung minggu jelasnya.  Tetapi kami tidak dapat berbuat begitu sedangkan jadual kami berada di tempat lain di hujung minggu itu.  Justeru itulah sebabnya kami berkunjung ke rumahnya hari itu.  Rose seorang wanita Melayu berasal dari Kedah merantu di negara asing mengikut suami.  Masa lapangnya tidak terbuang begitu sahaja.  Beliau berkerja di sebuah restauran dan beliau menimba banyak pengetahuan tentang masakan.  Tidak heranlah maskannya memang omp sangat!  Kami dijamu dengan menu nasi daging cara orang utara...Baling, Kedah.  Acar balik hari dan sambal asam belacan taruk kerisik kelapa..  Amboiii sedapnya rasa hendak pengsan kesedapan!

Pak Long ingin tahu bagaimana Rose boleh bertemu dengan suaminya hahaha ... Rose menjawab itulah gara-gara perkenalan melalui internet!  Perkenalan membawa ke jinjang pelamin... semuga rumah-tangga bahagia itu akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.


Bandaraya San Francisco

Terlalu ramai dan sesak penduduk di San Francisco.  Menurut Rose, tinggal di bandaraya San Francisco sangat tinggi kadar perbelanjaan.  Gaji dari pendapatan memang tinggi dan lebih tetapi semua habis untuk membayar bil itu dan ini.  Mengaji orang Mexican yang masuk US secara haram membersihkan keliling rumah sahaja paling murah UD100.00 bayaran setiap dua minggu.  Cukai pintu dan cukai harta tinggi, semua tinggi.  California mempunyai akta negeri sendiri... Semua penduduk samada bertaraf warga negara atau pendatang haram mempunyai hak sama.  Di mana dalam Section 8, mereka yang tidak punya kerja atau tiada upaya boleh menerima bantuan dari kerajaan 100%.  Maka lemaklah mereka itu tidak payah bersusah payah berkerja dan dapat bantuan percuma tidak perlu berkeringat mencari rezeki, dapat bantuan talipon percuma lagi!  Namun begitu terlalu ramai berkeliaran orang-orang jalanan terdapat di setiap penjuru....penagih dadah, pemabuk, gay dan lesbian juga "free thinker" tidak terkawal ...  Negara maju tetapi rakyatnya sakit!


Pencakar langit San Francisco

Selepas kenyang makan sedap, duduk-duduk dan sembang sebentar kami terus menuju ke Hampton Inn untuk mendaftar diri bermalam di situ.  Rose hendak bekalkan kami untuk makanan malam tetapi terpaksa ditolak kerana Pak Long "on diet" ler.   Mak Long terima kari-puff pusing untuk sarapan esok.  Sedap dan cantik kari-puff pusing Rose buat.


Pencakar Langit

Di bilik hotel Pak Long sebuk membuat perancangan untuk hari esok.  Katanya hendak pergi melawat penjara tersohor yang pernah menempatkan penyamun gengster Al Carpon di Penjara Alcatruz.  Nanti cerita lagi bila ada kesempatan...






















3 comments:

  1. As Salam Mak Long
    There is so much fun in traveling. 'Frisco' is unique. We had once arrived from Sacramento and were advised to experience the 'cable cars'upon arrival. We were looking up thinking these were like the ones to Genting or to Sentosa island. One just couldn't imagine they could create a transport system to overcome the undulating terrain. We saw Alcatraz from the distance and it certainly looked cold. Have fun traveling Ma'am and to please convey regards to Pak Long!

    Hank

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum maklong
    Wah mklong pun berjalan round california juga best kan

    Takut jugak dgn orang yg bagi buku kitab injil tu sbb kalau kurang iman takut tergoda lah kan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum maklong
    Wah mklong pun berjalan round california juga best kan

    Takut jugak dgn orang yg bagi buku kitab injil tu sbb kalau kurang iman takut tergoda lah kan

    ReplyDelete