Pages

Tuesday, April 12, 2016

Musim Bunga 2016

Assalamualaikum,

Negara yang mempunyai empat musim iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga, mereka kebanyakannya mengubah waktu sebanyak dua kali setahun.  Ini dilakukan bermaksud untuk menikmati masa siang lebih panjang.  Dalam bahasa Inggeris disebut "Daylight Savings Time".  Tarikh mula dan akhir  "Daylight Savings Time" tidak sama dari tahun ke tahun juga ia bergantung tempat dan daerah.

Tahun 2016 di Amerika, "Daylight Savings Time" bermula pada hari Ahad kedua dalam bulan March.  Jadi tahun ini jam diubah waktunya pada hari Ahad, 13hb March dari pukul 1:00 pagi diubah kehadapan kepada pukul 2:00 pagi.  Pertukaran waktu ini nanti akan berakhir pada hari Ahad pertama dalam bulan November, 2016 mulai pada pukul 2:00 pagi diubah waktunya kebelakang kepada pukul 1:00 pagi.  Pada tarikh 20hb March secara rasminya bermula musim bunga atau "spring season".  Omputeh di sini biasa sebut spring sahaja.

Apabila putaran musim bunga kembali semula, ia bagaikan saat membuka lembaran baru selepas mengalami kelembapan dalam musim sejuk. Tumbuhan yang kehilangan dedaun malah ada yang mati kesejukan bercambah semula menyerikan alam dengan kembangan indah berwarna warni menawan hati dan minda sehinggakan rumput pun tidak mahu ketinggalan memceriakan alam.  


Bulu tebal mula tanggal dari biri-biri

Haiwan mulai bangun dari tempat pertapaan di lubang, di gua seperti ular, buaya, tenggiling, beruang dan lain-lain binatang yang tidur sepanjang musim sejuk.  Bulu tebal berwarna gelap mereka akan gugur berganti baru lebih nipis dan berwarna cerah.  


Burung kelicap 

Burung-burung akan kembali semula dari permergian mereka yang jauh merentas belantara kala mencari tempat yang lebih panas.  Rama-rama kembali menyeri bunga.  Pendeknya inilah juga musim mengawan masa mereka membiak.



Mr Hollis si tupai

Mr Hollis si tupai datang semula cari makan.  Musim sejuk dia tidak keluar dari tempat pertapaannya.  Laparlah dia hingga sanggup bergayut bergitu rupa... malangnya Mak Long belum sempat memenuhi tabung bijiran itu...kesihan!


Rusa jantan

Setiap tahun rupanya tanduk rusa jantan itu tumbuh dan berganti.  Musim sejuk adalah puncak tanduk-tanduk itu membesar kemudiannya gugur bila musim berganti iaitu masuk musim bunga semua tanduk rusa jantan tanggal dan gugur ke bumi.  Sebelum tanduk-tanduk itu tanggal dari kepala, mereka  menggosok-gosokkan tanduk pada batang kayu dan pokok-pokok hingga rosak pokok dan tanaman.  

Tanah keras kerana sejuk diselimuti salji beku di musim sejuk.  Apabila cuaca mulai bertukar panas tanah menjadi lembut dan lembab semula.  Peladang dan petani sibuk menyemai dan menanam tanaman baru.  Suasana mulai rancak dan ceria semula.  


Awan mendung, angin bertiup kencang

Tetapi musim bunga bukanlah bermakna keadaan sentiasa indah tanpa masaalah.  Hujan bermakna juga musim banjir di setengah tempat ditambah dengan salji pula mulai cair.  Begitu juga angin ribut yang kuat membawa hujan air batu (hails) dan tornado (angin puting beliong).  Tornado terjadi apabila cuaca sejuk dan cuaca panas berlaga.  Musim bunga tahun ini sudah dua kali termasuk malam ini kawasan kami mengalami hujan air batu sebesar bola soft ball merosakkan kenderaan yang diletak di tempat lapang dan atap serta tingkap cermin rumah.  Alhamdulillah, rumah kami tidak apa-apa..

Walau apa pun pertukaran cuaca adalah urusan Allah SWT.  Umpamanya tahun ini, di kawasan kami musim bunga bermula lebih awal dilimpahi dengan cuaca lembab, hujan hampir setiap hari.  Pokok dan rumput seolah-oleh keliru mengeluarkan bunga dan berputik.  Kemudian cuaca beku dan sejuk (freeze) terakhir dari utara datang mengakibatkan bunga dan putik buah-buahan menjadi lecur dan rosak.  Kebiasaan dalam bulan April adalah musim hujan hingga menjadi satu perpatah Inggeris menyebut "April showers bring May flowers".

Masyarakat tempatan sibuk kemas kinikan kawasan dan rumah mereka.  Tiap-tiap hujung minggu ada sahaja "garage sales" di sana sini.  Mak Long suka aktiviti "garage sales".   Tidak perlu simpan barang-barang yang tidak diguna dan tidak berfaedah disimpan menyemakkan sahaja.  "Someone's trash is someone's treasure".  Sekiranya barang-barang itu tidak laku maka boleh dihantar ke suatu tempat untuk disedekah kepada mereka yang perlu.  

Kalau ada aktiviti seperti itu di Malaysia alangkan baiknya.  Bukanlah bermaksud menghina atau memburuk-burukkan bangsa sendiri.  Sanggup simpan sampai buruk barang-barang yang tidak diguna pakai yang akhirnya nanti dibuang sahaja, sedangkan agama kita melarang pembaziran.  Tambahan pula ada juga orang-orang yang tidak mahu menerima barangan yang sudah guna pakai ("secondhand") seperti pakaian dan perabut.  Keluarga Mak Long sendiri ada yang tidak mahu terima malah menganggap ia satu penghinaan apabila diberi barang "secondhand" itu.  Hendak yang baru dan berharga walau pun memang sah dia itu berkeadaan susah!  Hah!  Mak Long sudah terkeluar dari tajuk dah!

Rumput di kawasan rumah kami mulai menghijau.  Enam tahun lalu ketika kami baru pindah, rumput tidak tumbuh disebabkan terlindung dari cahaya matahari dan banyak batu kecil dan besar di sekeliling rumah.  Pak Long tebang kebanyakan pokok cider agar terang kawasan dan kami kutip batu-batu yang timbul.  


Bluebonnet

Paling Mak Long suka musim ini ialah banyak jenis pokok bunga liar yang cantik tumbuh walau pun di tanah gersang.  Tengoklah Mak Long pula melaram dalam gambar di bawah.  Kak Noor, Uncle dan Iryanti, Mak Long sudah tunaikan permintaan hendak tengok gambor orang tua dari kampung ini hahahaha....




Bluebonnet ialah bunga liar, bunga kebangsaan Texas rancak berbunga tidak kira di mana.  Di tepi  jalan dan lebuhraya, di bukit-bukit, di ranches, di keliling rumah ia akan tumbuh melata tidak perlu ditanam.  Mak Long diberitahu tidak boleh memetik atau merosakkan bluebonnet tumbuh di kawasan awam. Di hadapan dapur kami penuh melaut dengan bluebonnet.  Ribuan lebah sibuk menghisap manisan.  


Bunga antelope horn dan bluebonnet

Ladang (ranch) ternak kambing dan biri-biri

Paling Mak Long gemar bila melihat binatang ternakan di ranch yang menternak lembu, biri-biri dan kambing damai meragut rumput hijau.  Tenang rasa hati melihat mereka.


Burung belatuk hinggap di tabung bijiran

Burung berbagai jenis berkicauan meriahkan suasana alam sepantas matahari membuka tirai cahaya.  Burung belatuk juga tidak ketinggalan datang berpasangan.  


Kudup bunga morning glory

Di atas itu adalah pokok bunga morning glory, tidak lama lagi kembanglah dia.


Bunga "Redbud"

Akhir tahun lepas kami tanam pokok "redbud".  Tahun ini ia mengeluarkan bunga cantik hingga ke hujung ranting.  Bunganya tahan lama berkembang, apabila layu dan gugur daun hijau pula menjonggol berpucuk.




Bunga liar ini Mak Long tidak tahu namanya.  Baunya lembut harum sermerbak umpama bau harum minyak wangi "Pleasure" dari keluaran Estee Lauder.


Daffodil

Beberapa deffodil kuning Mak Long tanam sudah pun mengeluarkan bunga.  Kurus! Tidak gemok.


Pokok Tin (fig)

Pokok tin Mak Long berdaun kembali setelah gondol di musim sejuk.  Harap-harap akan berbuah lebat tahun ini.

Mak Long bersyukur dapat melihat dan menikmati ciptaan Illahi.  Juga gembira dapat berkongsi walau pun melalui gambar-gambar sahaja dengan sahabat-sahabat yang tidak dapat  bersama melihat di antara ciptaan Allah yang maha berkuasa.
















8 comments:

  1. Mak Long!

    Saya suka sunggoh aih entry kali ni....rasa macam dok tengok National Geographic Channel. Cerita tentang binatang yang bertapa dan keluar semula mencari makan macam "REAL"...err I know it's real.. Then gambar pulak bunga yang tengah mekar...pergh...best Mak Long...redbud and all.....puas baca dan tatap! Thank you Mak Long!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pernah tinggal di selatan Houston kawasan terusan (canal). Banyak alligator (buaya) di situ. Musim sejuk duduk tidur dalam tanah lumpur, musim bunga dan panas depa keluaq cari mangsa...

      Delete
  2. Terima kasih Mak Long kerna sudi berkongsi gambar. Saya seolah olah dapat rasa apa yang Mak Long nikmati hanya dengan melihat gambar...hehehe...walau bagaimanapun saya rasa Mak Long insan yang bertuah kerana dapat menikmati keindahan bumi ciptaanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long gembira Hayati suka gambar-gambar yang dipaparkan. Mak Long bersyukur dan senang hati dapat berkongsi pengelaman dengan tempat-tempat yang pernah dilawati bersama-sama sahabat dan keluarga di tanah air.

      Delete
  3. Menarik entri ni, syukur saya singgah sini.betul bagaikan mini safari bila dapat melihat haiwan diranch tu, tentang tanduk tu teringat pula yellowstone ke apa tempatnya, baru tahu ceritanya bukan mereka mati tetapi tumbuh berganti ye tanduknya, terima kasih maklong cerita ni. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih babYpose singgah ke blog Mak Long. Benar binatang yang bertanduk di sini seperti rusa dan elk, tandung mereka akan tanggal dan gugur ke tanah kemudian berganti tanduk baru. Memang ada tempat bernama Yellowstone di bawah tanahnya terdapat perigi api belerang merbahaya.

      Delete
  4. amboii model tu sedondon baju dgn bunga..ungu..!!

    ReplyDelete