Pages

Thursday, April 7, 2016

Ehh....! Dia Berbunga!!

Assalamualaikum,

Mak Long adalah tiga jenis orkid.  Orkid koman, biasa-biasa sahaja yang terdapat di Texas.  Memang pengemar orkid tetapi di sini tidak ada orkid istimewa seperti terdapat di Malaysia atau di Singapura.  Pernah dulu-dulu Mak Long seludup benih beberapa jenis orkid.  Semua mati meragan apabila ditinggalkan ikut Pak Long keluar negara.  

Tiga pokok yang ada sekarang, masa beli dulu siap semua ada bunga cantik.  Kerana berbungalah Mak Long tertarik membeli.  Yang pertama ini sudah empat tahun Mak Long jaga macam emas suasa!!  Itulah sekali dia berbunga lepas itu haram pun ... Berputik pun tidak!   Bukan tidak berbaja, semua siap berbaja.  Terlebih tarok baja agaknya?



Orkid No. 1


Yang kedua itu baharu dua tahun, harapkan gemok sahaja!  Begitu juga kesahnya tidak mahu berbunga.  Pada hal jaga dia macam intan!  


Orkid No. 2


Yang ketiga ini pulak lain sedikit.  Ketika beli dulu memang dia nampak layu sedikit mungkin sebab musim panas tetapi mempunyai bunga lebat dan cantik.  Dua minggu selepas beli semua bunga gugur.. Yap!  Bunga gugur kemudian daun-daun sekali gugur melainkan sehelai daun yang tinggal.  Kecewa juga tetapi Mak Long teruskan juga jaga bebaik.  Mak Long aleh dia ke dalam pasu cantik sikit.  Kekadang rasa macam orang gila bercakap dengan orkid tiga pokok itu.  Setiap kali berbicara dengan pokok-pokok itu Mak Long pastikan Pak Long tidak berada dekat takut dia dengar Mak Long bercakap dengan pokok orkid!  Nanti ketengghi (malu bahasa kampung di Muar) nanti...hahahaha.  Sekali itu Mak Long kata kalau tidak berbunga juga Mak Long hendak buang dalam tong sampai!  

Semua orkid itu Mak Long tempatkan di tepi tingkap dapur supaya dapat cahaya matahari.  Bila memasak mesti tengok dan bercakap dengan mereka  hahaha.... 

Baru-baru ini Mak Long perasa macam berputik pulak.  Sudah sah memang itulah kuntum bunga yang keluar.   Wow!  Dia berbunga.... tidak sangka!  


Orkid No. 3

Walau pun tidaklah seberapa orkid no. 3 itu tetapi dia buat hati orang tua ini senyum setiap kali memandang ke arahnya....  Thank YOU!


Bunga orkid No. 3













9 comments:

  1. Walau tanpa bunga, yang no 2 tu nampak cantik juga mungkin sebab 'montel'... :)

    ReplyDelete
  2. saya pun suka orkid maklong
    ada bunga ke tkda bunga mmg best
    tengok daun2 nya yg segar
    kalau ada bunga mmg bonus lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer benar.. Tadi Mak Long sekodeng orkid di nursery dekat rumah, geram nengoknya.

      Delete
  3. Mak LOng....orkid saya dah kerin...macam tak cukup zat...hahahahahaha...tapi yang Mak Long punya memang nampak berseri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tak cukup siram air tu Uncle... Naye Uncle buat kat orkid hahahaha

      Delete
  4. assalamualaikum ....apa khabar maklong...subhanaallah cantiknya warna bunga orkid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,
      Alhamdulillah sihat bertambah sihat. Harap Yan dan keluarga begitu juga.

      Delete
  5. As Salam Mak Long! They are beautiful. Even if it is just greenery it is still such a blessing to have them around.

    Hank

    ReplyDelete