Pages

Sunday, March 27, 2016

Key Lime Tart

Assalamualaikum,




Kermit's Key Lime Shoppe, Key West, Florida

Basikal Kermit's Key Lime Shoppe


 "Remember Kermit's?", tiba-tiba Pak Long tanya setelah beberapa ketika termenung.

"Hmmmm.... Kermit's the key lime shoppe in Key West?  That ....I do remember...."  Mana boleh lupa weii..  Kermit's Key Lime Shoppe ialah sebuat kedai kecil menyediakan pelbagai barang cenderamata.  Antara jualan yang jadi popular ialah rempah ratus, tepung adunan untuk membuat pie.  Yang popular sekali ialah "key lime pie".  Kalau ada peluang pergi melancung ke Key West, Florida anda mesti pergi ke situ rasa key lime pie yang sangat, sangat sedap rasanya.  Kami telah membeli dua biji pie tersebut itu pun macam tidak cukup hingga tidak ingat hendak tangkap gambar ... punyalah sedapnya.  Elok beli sebiji pie daripada beli yang sudah dipotong, lebih murah beli sebiji-sebiji. 

Kami pergi ke Key West, Florida  dalam bulan Jun, 2014.  Seronok di sana, ia bercuaca tropika seperti di Malaysia.  Tumbuhan juga seperti yang terdapat di Malaysia.

Alahai Pak Long teringatkan halwa mulut "key lime tart.." satu-satunya pencuci mulut menjadi kegemarannya.  Nampaknya kena buatlah hari ini untuk Pak Long.  Jangan kempunan nanti!  Pertama sekali kena pergi pasar beli buah limau nipis.  Limau nipis senang dapat di Texas, di mana-mana pasaraya ada limau nipis.  Ada dua jenis terdapat di pasaran.  Satu adalah limau nipis kecil seperti yang sering terdapat di tanah air.  Mereka panggil jenis ini key lime.  Harganya pula lebih sedikit.  Satu lagi buahnya lebih besar sebesar buah lemon lebih murah.  Buah limau nipis jenis ini tiada biji, senang hendak perah keluarkan airnya.

Ok sudah ada semua bahan, bolehlah mulakan buat key lime pie.

Bahannya:

1 kulit pie ukuran 9"  garis pusat (diameter)
1 14oz tin susu pekat (1 1/4 cawan)
1/2 cawan perahan air limau nipis
1 camca kecil parutan kulit limau nipis
4 biji telor (ambil merahnya sahaja)
perwarna hijau

Caranya:

Sediakan kulit pie/tart dan ketepikan.  Panaskan ketuhar 350 degree F.
Pukul telor merah dengan dawai pemutar atau dengan gerpu.  Perlahan-lahan masukkan susu pekat, kacau hingga bersatu.  Kemudian masukan perahan air limau nipis, parutan kulit limau nipis dan sedikit warna.  Kacau.  Adunan akan menjadi sedikit pekat.  Akhir sekali masukkan ke dalam kulit pie dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga adunan masak.  Keluarkan dari ketuhar.  Sejukan kira-kira satu jam, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang dua atau tiga jam bolehlah dinikmati.  Letak whipped cream di atas key lime pie yang sudah dipotong...tambah sedapnya.




Cara buat kulit pie:

1/3 cawan butter atau margarin
1/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan biskut graham (graham cracker) - hancurkan hingga seperti tepung (kira-kira 18 keping) .... boleh guna biskut oreo atau biskut mary

1.  Cairkan butter dan campur gula.  Masukkan cairan ke dalam biskut yang sudah dihancur tadi dan gaul.  Masukkan adunan itu dalam pinggan pie ukuran 9".  Mampatkan adunan dalam pinggan dan tepi pingan.  Sejukkan baharulah boleh masukkan inti pie kedalam kulit yang sudah sejuk.














24 comments:

  1. Fuh....sedap sungguh nampaknya. Mesti Pak Long happy. And bertambahlah sayangnya pada Mak Long. Amiin.

    ReplyDelete
  2. macam senang...macam nak buat
    ..catit dulu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang nak buatnya Yan. Cubalah ...

      Delete
  3. As Salam Mak Long, Lady matters but it looks yummy!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      Orang perempuan selalu fikir tentang nak masak apa, nak makan apa, nak baju apa dan macam-macam.

      Delete
  4. As Salam Mak Long,
    Hank went to Google map just curious. Key West is right at the end of the US mainland. There's an Overseas Highway right along connecting the little islands. Must have been through some fantastic scenery! Hank and family were only in Orlando Disney and Tampa on the West Coast, not any further south. That was a long time ago though!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Yes, Key West is situated at far end of Florida. Nearest country is Cuba. We visited Key West in early summer 2014 and we had a wonderful visit.

      Delete
  5. Kelihatannya sangat menyelerakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang mengandung memang sukalah pie ni.

      Delete
  6. As Salam Mak long,
    Depan mata ada se tin biskut Jacob's weetameal.Terbayang biskut ini menjadi pie ilham mak long.
    Tapi kan dengan urusan cikli belum selesai...angan2 la dulu. hihi.
    Stay safe Mak Long n family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cikson,

      Tak apa beranggan dulu nanti jadi kenyataan. Mudah-mudahan Cikli segera sihat seperti biasa.

      Delete
  7. Assalamualaikum...nampak sedap saja...dah la warna hijau...warna kegemaran saya la mak long...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Mak Long pun gemar warna hijau.

      Delete
  8. assalamualaikum mak long....terima kasih ...barang yg maklong pos yan..sudah yan terima..syukur alhamdulillah...teruja nak masak dgn rempah2 tu.....moga ikatan ukhwah ini kekal tjalin..insyallah...amin...

    suprise sangat2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,

      Amin...... Alhamdulillah dah terima barang tu. Harap Yan suka mencuba cinta-rasa omputeh. Mudah-mudahan juga tali persahabatan terjalin baik...insya Allah...

      Delete
  9. wah maklong mcm nk buat jelah
    kulit tart dah ada ni tpi yg kecik2
    oklah tu kan utk testing2 ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Kak Noor. Kita yang buat, kecik besau ikut kitalah kan.. Janji boleh makan.

      Delete
  10. Adoi Mak Long, tengahari panaih lit-lit ni tengok key lime pie tu sedaplah pulak! Thanks for the recipe though!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni Uncle....panaih-panaih lit-lit dapat makan ni sejuk rasa badan ...

      Delete