Pages

Sunday, February 14, 2016

Selamat Ulang Tahun AHQ

Assalamualaikum,

Hari ini ialah hari paling istimewa buat putera kedua kami AHQazach.  Genap tiga puluh enam tahun umur mu sayang.  





Anak ku

Kelahiran mu memberi sinar hidup ibu
Kesyukuran tidak luput di hati
Alhamdulillah ya Illahi


Anak ku

Walau kita dipisah antara benua
Ikatan kasih sayang kita 
Irat tiada tepian punca


Anak ku

Kehadiran mu penuh keistimewaan
Suara mu lembut di telinga ibu
Pujuk mu tenteram hati ibu


Anak ku

Ingatlah di hati mu
Rindu ibu tiada batasan
 Kasih ibu sepanjang hayat


Anak ku

Doa ibu selagi ada hayat
Jaga diri dan keluarga mu
Jaga maruah
Jaga keimanan mu 



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN
AHQ









10 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long.. Mak Long sihat hendaknya ya. Selamat ulang tahun kelahiran buat anakanda mak long yang jauh di mata namun tetap dekat melekat di hati. Insyaallah semuanya baik-baik sahaja. Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Di mana aqidah di semat. di situ jugalah iman dijunjung. Aamiin.

    CM pernah makan daging landak. mak long. Tak berapa enjoy makan sebab banyak tulang.. hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Che Mid. Alhamdulillah sihat. Mak Long doa agar Che Mid dan keluarga juga sihat dan sejahtera. Terima kasih mengucapkan selamat ulang tahun anak kami.

      Mak Long pernah dengar landak boleh dimakan.

      Delete
  2. Selamat hari ulangtahun kelahiran (yang terlewat diucapkan) buat AHQ. Walau di mana berada semoga tetap dengan jati diri sebagai Muslim sejati...

    Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Terima kasih Kakcik Nur. Begitulah hendaknya. Sebagai ibu kita sentiasa berdoa yang baik-baik untuk anak-anak .

      Delete
  3. seronoknya..ibu pandai karang sajak.Pembaca pon terasa dalamnya kasih sayang ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miss Suraya. Perasaan ibu amat halus terutama terhadap anak-anaknya. Kasih dan sayang ibu tidak dapat dijual beli.

      Delete
  4. HBD AHQ.
    Membaca nota Mak Long membuatkan mata saya berkaca! Besar pengorbanan Mak Long dan dalamnya kasih sayang Mak Long. Saya juga mendoakan agar Mak Long dan Pak Long sentiasa sihat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle. Alhamdulillah kami suami isteri sihat dalam saat-saat meniti hari-hari tua. Hahaha masa dulu-dulu kalau mata berkaca terpaksa kesat dengan hujung baju.

      Delete
  5. Dah besar anak Mak Long. Semoga dia sentiasa dilindungi, diberikan kesihatan yg baik serta menjadi anak yang soleh. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Terima kasih Aziela dengan doa. Muga Aziela juga sihat dan sejahtera hendaknya.

      Delete