Pages

Sunday, February 28, 2016

Hujung Minggu Akhir February 2016

Assalamualaikum,

Malam tadi Pak Long pesan supaya siap awal boleh pergi ke Austin.  Bandaraya Austin adalah ibu negeri Texas, kira-kira satu jam memandu dari rumah.  Bandaraya ini lebih kecil dari Dallas dan Houston.  Kami sering ke situ hanya untuk berbelanja bahan makanan halal.  Tetapi kali ini Pak Long berhajat untuk membeli sebuah tangki tandas ganti tangki di bilik mandi tingkat atas yang pecah dua beberapa hari lalu.  Patutlah lama benar Pak Long mengadap komputer, rupanya melayari sesawang "craiglist" cari benda.  Terjumpalah seseorang mempunyai set tangki yang hendak dijual.  Omputeh di sini sekiranya ada barang yang tidak perlu, mereka jual sahaja tidak disimpan buat semak kawasan.

Pak Long dengan pertolongan Brenda jiran kami membaik-pulih bilik mandi utama kami.  Sementara kerja siap kami gunakan bilik mandi di tingkat atas.  Leceh!  Pak Long tergelincir dalam tab mandi (bath tub) ketika cuba mengambil sebuku sabun yang terlepas dari tangannya lalu terkena pada tangki.  Melimpah air hingga tiris ke bawah melalui saluran lampu di dapur.  Basah dapur!  Alhamdulillah Pak Long tidak apa-apa.  Tahun ini sudah dua kali beliau jatuh.  Kali pertama berlaku bulan lalu.  Mak Long sibuk menjahit, Pak Long pula tidak ada kerja pergi merayau belakang rumah mencari kayu cedar kering dan tunggul buruk untuk menambah timbunan kayu kering yang diatur bertingkat jadikan macam tugu atau monument kayu.  Tunggul yang terkumpul diletakkan atas kereta sorong.  Gamaknya terlalu penuh dan berat apabila ditarik, tayar kereta sorong tersangkut akar... tunggul dan kereta sorong sekali terbalik menghempap Pak Long.  Tidak boleh bergerak katanya bila cuba bangun dan tangan pula tidak sampai hendak mencapai talipon bimbitnya dari saku seluar untuk panggil Mak Long.  Bergelut dia sorang-sorang melepaskan diri.  Mujur tidak apa-apa.  Mak Long tegur agar lain kali tidak mengulangi perbuatan begitu tanpa sesiapa bersama.  Udah tua, kekuatan sudah banyak yang kurang.....



Sebelah kanan sekali itulah tugu kayu cedar yang Pak Long kerjakan sedikit demi sedikit hingga tinggi.  Pokok-pokok di sekeliling ialah pokok cedar.  Kayu cedar cantik berbau wangi boleh dibuat perabut, tahan lama tidak lut dimakan anai-anai.

Apabila kami sampai di Austin di rumah yang maksudkan menjual tangki sudah menunggu kami.  Amboi cantik dan besarnya rumah dia.  Macam istana, lengkap dengan taman dan kolam renang besar.  Beliau menunjukkan kami pada tiga set tangki dan harganya cumalah USD35.00 seunit.  Pilih sahaja yang mana kami suka.  Masih baru.  Tetapi sayangnya design tangki tersebut tidak sesuai untuk dipasang di bilik mandi kami.  Jenis lain!  Menurut lelaki muda itu, dia hendak menganti tangki tandas baru mengikut design baru.  Orang muda kaya!   

Seterusnya kami singgah ke rumah sahabat kami yang tinggal di Austin.  Lisa seorang agen jual-beli rumah dan harta tinggal di apartment mewah menghadap Tasik Travis.  Indah dan tenang di situ.  Selepas makan tengahari, Lisa membawa kami turun ke tasik...jalan kaki dan turun tangga.


Tasik Travis

Pemandangan Tasik Travis dari atas bukit

Tasik Travis

Pelantar boat

Boleh memancing dan naik boat kalau ada boat sendiri.  Dalam tasik itu, airnya hijau disebabkan banyak lumut dan rumpai.  Pelantar itu terapong, maksudnya apabila air naik tinggi ia akan naik juga tidak tenggelam.

Air menghijau

Tangga-tangga ke tasik

Lamalah juga kami di situ menikmati suasana tasik yang indah dan tenang.  Mak Long perhatikan tangga untuk naik semula ke atas sangatlah tinggi dan curam.   Lisa tanya samaada kami hendak ikut jalan mula-mula turun bukit tadi atau hendak menapak naik tangga dalam gambar atau hendak naik tram.  Pak Long kata ikut suka.  Mak Long perasan Lisa nampak letih jadi kami naik tram sahajalah.  Heee.... gayat duduk dalam kotak tram yang sempit.  Jalan pelan-pelan panjat tangga lebih baik.  Mak Long ada masaalah kalau masuk di tempat kecil yang sempit.  

Lisa mengidap barah dua kali, barah paru-paru dan dua tahun lepas ia disahkan dengan barah payu dara pula.  Doktor berjaya membuat pembedahan dan merawat ke dua-dua barah yang diidapinya.  Namun begitu ia masih memerlukan mengambil perubatan setiap hari supaya barah lama tidak kembali.


Tangga dan tram


















12 comments:

  1. Maha Suci Allah. Cantiknya pemandangan tasik itu...

    Semoga selepas ini Paklong (dan Maklong juga), tidak ditimpa kemalangan lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kakcik... Terima juga dengan doa amiin... Tasik ni beberapa tahun yang sudah, airnya hampir kering kerana kemarau darurat. Pelantar boat kebanyakan tergantung-gantung atas air. Alhamdulillah 2 tahun berturut hujan mengisi semula jadi hampir seperti sedia kala.

      Delete
  2. assalamualaikum mak long....

    betul ke ada pengusaha tempe dekat texas...aritu terbaca dekat fb..maklong tahu tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,

      Tempeh sudah boleh dibeli di kebanyakan supermarket yang menjual barang kesihatan tetapi masih mahal. Mak Long sentiasa ada bekalan tempeh. Beli lebih dan bekukan. Tak tau buat tempeh, kalau tau lagi tak payah beli! Yan pandai buat tempeh?

      Delete
  3. Amboi gambaq yang last tu macam nak naik bukit bendera! Kesian kat pak long jatuh 2 kali dalam bilik ayaq. Bahaya tu Mak Long...Takut terantuk kepala knob atau terantuk tub! Hati-hati Pak Long dan Mak Long! Pastikan jugak ada "hand rail" disitu....Please take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta tram tu kita operate turun naik sendiri. Mak Long tak suka duk dalam kotak nuu rasa sempit bernapas hisss.
      In sya Allah kami akan lebih berhat-hati. Tapi tulah sentiasa perasan masih muda dan kuat macam pak badang hahaha...

      Delete
  4. Such scenic beauty by the lake. One can never get exhausted.

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is... You may have endless ideas to write about these places.

      Delete
  5. Kasihan Pak Long. Dua kali terjatuh. Mak Long, pesan pada Pak Long supaya berhati-hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia anggok kepala sahaja, Pak Mail bila kita kata berhat-hati hahahaha orang lebih tua dari kita mana makan nasihat!

      Delete
  6. Wwah, seronok baca catatan mak long :)
    Tapi kesian kat pak long dah 2 kali terjatuh. Semoa semuanya terpelihara :)

    ReplyDelete