Pages

Wednesday, February 24, 2016

Hendak Masak Apa?

Assalamualaikum,

Bab masak memasak dalam rumah tangga memang kebiasaannya terserah kepada pihak isteri.  Ada juga pihak suami yang suka dan rajin ke dapur menyediakan makanan untuk keluarga.  Beruntunglah si isteri itu.  Ada juga suami isteri yang lebih suka makan masakan di kedai makan setiap hari.  Cara begini pada dasarnya lebih mudah tidak perlu bersusah payah membeli bahan untuk dimasak, tidak perlu memasak, tidak perlu membasahkan dan mengotorkan tangan mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.  Sudah kenyang boleh terus berihat atau meneruskan aktiviti lain.  Masaalahnya terpaksalah berbelanja lebih.  Sekiranya cuaca kurang baik macam mana?

Bukan bermaksud Mak Long mengeluh atau merungut.  Namun tiap-tiap hari menyediakan masakan untuk keluarga dan mencari bahan menu  jenuh rasanya.  Hendak masak menu yang sama setiap hari, balik-balik itu, itu sahaja jemu pula.  Ada kalanya hilang akal hendak masak apa pada hari itu dan seterusnya.   Mulalah keluar semua buku dan majalah masak mencari resepi.  Lepas satu muka surat ke satu muka surat jari mencari bahan.  Kekadang lain yang dicari, lain yang terjumpa.  Cari masakan lauk pauk, terjumpa pula resepi buat kuih sedap!

Hari ini umpamanya, Mak Long garu kepala hendak masak apa untuk tengahari ini.  Tanya Pak Long hendak makan apa...  Jawapannya lagi buat kepala pusing.  "Anything...!"  Aduhai...

Buka tutup peti sejuk beberapa kali masih juga bengong!  Masak asam rebus kang kita yang makan seorang, Pak Long tidak makan!  Akhirnya Mak Long keluarkan apa yang ada hahahaha penuh meja di dapur!  Makanya inilah jadinya...


Siap untuk masuk dalam ketuhar

Cheese sudah cair sedia untuk dinikmati

Pencuci mulut


"Resepi baru..?" Tanya Pak Long
"Yes... Resepi cempak tebor..."
"What is that?"  Geli hati pulak tidak perasan Mak Long cakap bahasa ibunda.  Pak Long tidak pernah dengar perkataan cempak tebor!
"Looks like casserole...."
"Cempak tebor casserole...."

Hendak tahu apa dalam resepi  casserole cempak tebor?

1 ketul daging bahagian dada ayam direbus kemudian dicarik-carik
1 bawang besar dipotong-potong ikut suka hati
1 mangkok spinach segar (itu sahaja yang tinggal)
1 cawan cottage cheese 
1/2 cawan colby jack cheese diparut
1/2 cawan parmesan cheese diparut
1 biji lada sulah panggang dalam botol 

Tumis bawang dan masukkan daging ayam, balik-balik masukkan sayur spinach, garam, cube pati ayam, serbuk lada hitam dan lada sulah panggang dan anggkat.  Masukkan cottage cheese dan kacau rata.  Kemudian masukkan campuran dalam mangkok, tabur semua cheese diatasnya.  Masukkan dalam ketuhar panas "broil" selama 15 minit hingga cheese itu cair.  Buah limau tengerin untuk pencuci mulut.  Buah ini sedang musim di Texas dan murah harganya.  5lb berharga USD4.00 sahaja.

Pak Long kata sedap!   Entah!

Alhamdulillah lepas derita tentang masak hari ini.  

Rupa cheese di atas dari google :


Cottage cheese

Parmesan cheese

Colby jack cheese















5 comments:

  1. memang itulah yang sentiasa bingung tiap hari...

    nak sarapan apa...makan tenghari apa...cemil petang lago...makan malam lagiii

    ReplyDelete
  2. As Salam Mak Long
    Looks yummy.Very educational! Not often cheese is used in Hank's household.Must try

    Hank

    ReplyDelete
  3. As Salam Mak Long
    Looks yummy.Very educational! Not often cheese is used in Hank's household.Must try

    Hank

    ReplyDelete
  4. Semua yang ada cheese semua saya suka. Haha.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mak long.. kreatif nya orang perempuan. Buka je peti jap lagi akan ada sesuatu terhidang atas meja makan. Tapi jangan ditanya macamana resepinya atau disuruh buat lagi lain kali, memang takkan sama rasanya ha ha..

    ReplyDelete