Pages

Friday, January 15, 2016

Sembang Kami

Assalamualaikum,

Pak Long suka mengusik.  Kadang-kadang buat rasa meradang pun ada.  Tadi dia keluar dari bilik pakai T-shirt besar, seluar trek dinaikkan sampai ke dada macam orang OTC.  Giginya disapu chocolat cair sambil menyeringai berjalan dengkut-dengkut terhegeh macam zombie hala Mak Long yang mulanya tidak perasan dia datang senyap-senyap.  Aduhaaai Pak Long!!!!  Tetapi itulah antara hiburan kami berdua, borak-borak cerita lama dan kini ditambah dengan usik mengusik.  Rumah berasa sunyi bila semua anak-anak sudah dewasa, masing-masing sudah tinggal berasingan dan mempunyai agenda hidup sendiri.  Deringan talipon tetap dinanti, secebis pesanan e-mail dan facebook tetap dilawati, ternanti-nanti berita dari mereka walaupun mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.  Tambah lagi ternanti-nanti khabar dari kampung.  Letihlah jadi orang tua nih...

Biasanya kalau cuaca baik kerja pun sudah selesai kami gemar duduk-duduk dan minum kopi atau teh panas di ruang anjong belakang.  Musim sejuk tidak adalah begitu, kang mengigil kecut kesejukan, lain pulak cerita.  Pagi ini kami duduk depan TV sambil-sambil minum kopi panas, kami borak tentang banyak perkara.  Satu darinya tentang pengelaman naik kapal terbang yang pernah kami naik.  Bebagai pengelaman yang kami lalui ketika dalam pernerbangan, lucu, terkejar-kejar dan membimbangkan hati semua sudah dilalui.



Air Show San Antonio, Texas

Penerbangan musim sejuk sering bermasaalah kerana cuaca buruk seperti ribut salji, landasan kapal terbang dipenuhi air batu, licin dan sebagainya.  Sebagai usaha menjaga keselamatan pihak penerbangan menukar jadual penerbangan atau membatalkan langsung penerbangan mereka.  Tiga kali Mak Long mengalami situasi begitu semasa menaiki penerbangan dari Houston menyebabkan pesawat yang dinaiki lewat mendarat di Los Anglese, California yang singgah untuk menyambung penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur disebabkan cuaca buruk.  Sedangkan dalam masa yang sama penerbangan untuk ke Kuala Lumpur pula sedang menunggu dan sedia untuk bertolak.  Dua kali itu adalah penerbangan EVA Air dan sekali penerbangan American Air.  Perkhidmatan mereka sangat bagus, mereka tunggu hingga Mak Long dan beberapa penumpang lain sampai.  Apabila pintu pesawat dibuka sahaja kami dibenarkan keluar dahulu.  Kaki tangan pihak penerbangan EVA Air sudah sedia menunggu di depan pintu untuk membawa kami ke pesawat.  Pihak penerbangan mempunyai budi bicara rapat antara syarikat-syarikat penerbangan lain memudahkan bagi pihak penumpang yang memerlukan bertukar pesawat untuk meneruskan perjalanan.  Apabila perkara begini berlaku, baggasi pakaian tidak dapat dipindahkan ke pesawat menyambung penerbangan seterusnya.  Maka baggasi terpaksa menyusul dengan pesawat lain kemudiannya.  Sampai di Kuala Lumpur, Mak Long hanya ada sepasang pakaian "spare" dalam bag bimbit.  Nasiblah saat darurat begitu pakai baju pinjamlah.  Dua tiga hari jugalah tunggu bag sampai.  Yang bagusnya pihak penerbangan hantar semua bag dengan selamat hingga di depan pintu.

Setiap kali kami berpergian dengan penerbangan, kami akan pastikan membawa sepasang pakaian di dalam bag bimbit.  Jangan sekali memasukkan barang-barang berharga seperti barang kemas, wang dan sebagainya di dalam bag yang di "check-in".  Barang-barang tersebut mesti dimasukkan ke dalam bag bimbit.  Manalah tahu pekara lain tidak diingini pula berlaku..

Ada satu kali Mak Long pulang ke Texas dengan penerbangan SIA (Singapore Airline), singgah dan tukar pesawat di Moscow International Airport, Russia.  Biasanya apabila pesawat sudah mendarat semua penumpang diarahkan keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk menyambung penerbangan seterusnya.  Tetapi kali ini, penumpang tidak dibenarkan keluar dan kami duduk dalam pesawat berpeluh-peluh sampai letih selama lebih dua jam barulah dibenarkan keluar.  Kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Angtarabangsa, Moscow sangat ketat dan eloklah ikut arahan mereka agar tidak bermasaalah.   Satu lagi orang Russia muka garang tidak mesera, tidak pandai senyum!  Setelah kami sudah masuk dalam pesawat semula menuju ke Amerika kami diberitakan ada letupan bom dalam kawasan lapangan terbang.  

Itulah antara pengelaman yang pernah Mak Long alami membuat Mak Long tidak gemar dan berat hati hendak naik kapal terbang, terutama masa kini yang terlalu banyak berita-berita yang tidak enak didengar. 


Checking-in di Houston














10 comments:

  1. salam Mak Long.

    memang menakutkan esp bila kena air pocket kan... tapi tu lah. kalau nak travel ke luar, tu je lah cara yang paling efficient kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azian,

      Terima kasih sudi mengunjungi blog Mak Long. Kalaulah belayar dengan kapal laut boleh laju macam kapal terbang, mungkin dah lama tukar naik kapal laut.

      Delete
  2. Air travel seems to be wrought with all sorts of situations - some good but some are adverse. Unlike before when passengers were treated with respect. Nowadays one has to put up with lots of inconveniences. The scenario is different now and tolerance has to be on a higher level.

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you Hank. Each time I have to take a flight, a big butterfly starts crawling in my belly.

      Delete
  3. Assalamualaikum Mak Long...bagus baca pengalaman2 mak long...boleh bayangkan situasi sebenar dan bersiap sedia...

    Bagusnya barang sampai depan rumah...masa saya dahulu...naik syarikat penerbangan ni...dah lah kotak barang (adik saya punya) mereka yang hilangkan...buat laporan...disuruhnya datang sendiri ke KLIA untuk ambil barang tu...masa tu belum ada LCCT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fida,

      Terima kasih sudi jengok blog Mak Long. Yang telah sudah-sudah layanan khidmat penerbangan yang Mak Long alami mereka berusaha memberi khidmat terbaik kepada pelanggan. Harap-harap berterusan begitu.

      Delete
  4. Mak Long
    Akak dan suami juga gemar bergurau2 bila berjalan berdua saja. Rasa mmg seronok meniti usia tua sama2. Dulu sama2 muda.. 24tahun kawin dah rasa sama2 tua...
    Semuga setiapkali maklong travel.. ALLAH akan permudahkan perjalanan mak long seisi keluarga.

    ReplyDelete
  5. Mmg seronok kita bergurau suami isteri sekarang ni. Anak2 dah besar dan byk kenangan membesar mereka boleh kita ingati sambil bergurau. Usia kita suami isteri dan usia perkahwinan makin meningkat maka banyak bahan yg boleh dijadikan gurauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda-muda dulu kita bercintan dan berkasih-kasihan. Bila sudah dapat anak-anak kita sibuk membesarkan mereka ditambah kita berkerja. Bila anak-anak sudah besar, inilah masanya kita menyambung semula kemeseraan yang tergendala kan.

      Delete