Pages

Thursday, January 7, 2016

Penangan Acorn

Assalamualaikum,


Acorn (Buah oak)

Petang tadi Mak Long talipon Icah, dia tidak jawap.  Selalunya sebelum pukul tujuh petang Icah  sudah berada di rumahnya.  Kali kedua talipon pun tidak diangkat.  Mulalah kepala ini mengarang macam-macam yang bukan-bukan.  Hati cuba memujuk, mungkin Icah buat "over time", mungkin tengah makan ke, tengah di bilik air ke atau bagai.  Polisi Mak Long pula tidak suka buat panggilan peribadi kepada sesiapa waktu berkerja di pejabat atau di mana-mana waktu kerja.  Melainkan panggilan itu teramat penting.  Itulah yang Mak Long terapkan kepada anak-anak, waktu bekerja jangan buang masa dengan melayani panggilan peribadi.

Pukul sembilan barulah Icah talipon semula.  Aduuuh baru rasa lega hati Mak Long dengar suara manjanya.  "Sorry Mom, I was still at the office when you called".  Kerja banyak kena siap minggu ini, jelasnya lagi.  Latar belakang Mak Long boleh dengar kenting! kenting...! bunyi sudu berlaga dalam mangkok.  Tengah makanlah tu.  

Icah cerita, beberapa hari yang lepas pergi kerja tumpang kawan sepejabat.  Jadi tidak perlulah pandu kereta sendiri katanya, kurang sesak jalanraya.  Semalam Icah perlu ke pasar berbelanja barang dapur katanya.  Bukan banyak mana pun hendak makan seorang.  Keretanya tidak boleh dihidupkan enjinnya walau pun sudah cuba beberapa kali.  Maka perlulah dia buka "hood" enjin.  Nasib baik Icah tahu apa hendak buat, Pak Long banyak mengajarnya tentang kereta.  Nak tahu apa ada di bawah hood itu?  Hahahaha rupanya bertimbun biji acorn di atas enjin kereta.  Acorn ialah buah pokok oak berbentuk seperti kacang hazel.  Isinya bila dikopek lebih kurang begitulah sepeti kacang hazel.  Ada yang sudah tinggal kulit dan ada yang masih belum berusik.  Kerja sang tupailah tu..   


Tupai duduk atas acorn

Dia inilah yang buat kerja....   Dalam lubang, di celah-celah pokok ada sahaja jumpa acorn yang disorok.













8 comments:

  1. Begitulah hati seorang ibu. Biar anak dah 'besar panjang', hati tetap gusar bila tidak menerima berita walaupun tahu mereka hanya ke tempat kerja...

    ReplyDelete
  2. Pandai tupai cari tempat sembunyi barang mcm tikus.Kadang2 tak tersangka kita mereka buat sarang kat situ.Pam air rumah rosak kerana mereka.Mujur dapat dibaiki.Lepas tu semua lubang kena tutup dan seal.
    Maklong,
    Begitu hati seorang ibu...selalu bimbang tentang anak anak walau dah besar panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupai ni walaupun nampak tidak bahaya, tetapi mereka ni biasa merosakkan seperti wire letrik putus digigit. Buat sarang atas peran dan menyumbat penghawa digin dan penghawa panas.

      Begitu murninya hati seseorang ibu kan...

      Delete
  3. salam ukhuwah maklong..dari dil bumi mesir...hati ibu..anak tetap yg utama...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah untuk ummi_khalish juga. Terima kasih banyak singgah ke blog Mak Long.

      Delete
  4. As Salam Mak Long
    A mom frets constantly but it is for something positive though negative thoughts take centre stage. It is ok!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      Thanks Hank for your understanding.

      Delete