Pages

Friday, January 1, 2016

Muka Surat 1 Tahun 2016

Assalamualaikum,

Menulis enteri pertama di muka surat 1 tahun baru 2016.  Malam tadi tonton TV sekejap dari channel Fox News menyambut tahun baru secara langsong.  Ramainya manusia berkerumun di dataran New York's Time Square.  Cuaca sejuk-sejuk tidak menjadi halangan bagi mereka beramai-ramai berkunjung ke situ.  Ada penggunjung berpakaian pendek-pendek dan buka-buka.  Apa agaknya rahsia mereka tahan sejuk?  Celeberiti juruacara wanita semua cantik-cantik dan "good looking" sibuk menjalankan tugas.  Sayangnya pengacara terlalu lama membuang masa bercakap dengan GOP Donald Trump yang selalu cakap besar..asik-asik cakap "I am rich!  I am smart!"  Malaslah nengok TV!  Tutup TV!  Pak Long pun sebuk kerja lain.  Mak Long tidak minat politik... politik negara, politik syarikat, politik pejabat atau politik keluarga buat pening kepala.

Hari ini Pak Long seperti biasa sudah siap awal hendak pergi menziarah sahabatnya Barry Strickland di Pusat Pemulihan, Kerrville.  Memang Mak Long tabik kesetiaan Pak Long terhadap sahabatnya.  Satu hari dalam setiap minggu Pak Long melapangkan masa untuk melawat Barry.  Perjalanan ke situ mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.  Mujur tidak banyak kenderaan di jalanraya hari ini, lajulah kereta bergerak!   Seperti biasa bila kami sampai di bilik Barry, beliau duduk atas kerusi roda dan sedang tengok TV.  Ceria nampaknya hari ini dan pertuturannya pun lancar dari minggu lepas.  Barry diserang strok ketika kemalangan bermotorsikal lebih kurang lapan bulan lalu.  Di pusat pemulihan itu dia dilatih bagaimana hendak turun dari katil ke kerusi roda dan diajar pelbagai pergerakan lain untuk menjaga diri, cara-cara menggunakan bilik air sebagainya. 

Belum sampai dua puluh minit kami di situ, jururawat bertugas masuk ke bilik memohon agak kami keluar sebentar.  Rupa-rupanya Barry belum mandi.....!

Kami keluar dan berjanji akan datang semula.  Sementara itu kami singgah ke rumah sahabat lama kami Tom & Paula Callaghan.  Paula jamu kami makan kacang badam bercokolat.  Sedap.. makan sedikit tak cukup!  Mak Long pernah bertugas bersama Tom di Kertih dan di Paka berpuluh tahun dahulu ketika Petronas mula menapak di Terengganu.  Lama juga kami di rumah mereka.  Kalau lama tidak jumpa banyaklah cerita.  Macam-macam cerita keluar....  

Apabila kami kembali semula ke tempat Barry, ia sudah di atas katilnya melihat TV lagi, sudah penat duduk atas kerusi roda agaknya.  Tidak lama kami di situ.  Cuaca pula sejuk dan hujan renyai ketika kami mula bergerak perjalanan balik ke rumah ...  jarum cuaca menunjukkan 36 degrees Fahrenheit atau kira-kira 2 C... beku sejuk sampai ke tulang....




Berteduh kesejukan di musim sejuk












10 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long...

    SubhanAllah, cantiknya gambar pokok dan burung itu.

    Semoga Barry segera pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kakcik,
      Terima kasih. Burung tu bila dah malam lagi banyak berhempit-hempit untuk kehangatan.
      Akal berkata, agak lambat untuk Barry sembuh. Tetapi Allah juga yang maha berkuasa.

      Delete
  2. Assalamualaikum Mak Long. Saya baru nak tegur pasal gambar tu...rupanya Kakcik Nur dah tegur dulu! Hahahahaha...gambar tu boleh dibuat poskad tu! Saya juga mendoakan rakan Pak Long sihat segera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle,

      Alaa gambar biasa jer, banyak mistake...masih belajar lagi. Sudah lapan bulan lebih Barry menerima rawatan sejak kemalangan itu. Ada kala dia nampak putus asa, ada kala dia penuh bersemangat

      Delete
  3. assalamualaikum mak long.....macamanalah sejukny kat sana ye maklong....dekat malysia baru hujan beberapa hari ..sejuknya ..sampai demam2..inikan pulak keliling salji...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,

      Hahaha pertanyaan sama yang Emak Mak Long tanya. Masukkan tangan dalam tempat beku peti sejuk. Letak lama-lama lebih kurang macam itulah sejuknya.

      Delete
  4. As Salam Mak Long,
    It is most noble of you and Pak Long to be by the side of Barry as scheduled every week. It is not easy to keep up with a personal obligation by oneself to a friend. Keep doing good and wishing you the best for the ensuing year!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      Barry is a good friend. We will do anything to keep him motivated all the time to the road of recovery. We know he will do the same for us.

      Delete
  5. Salam Kak ...

    Tak sangka akak pun pernah buat project di PETRONAS ... heheheheee ... I was with PETRONAS for 15 years ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Laa yer ke Ghazali. Tahun bila tu? Entah-entah kita pernah jumpa tak?

      Delete