Pages

Sunday, January 31, 2016

Muka Surat 31 Tahun 2016

Assalamulaikum,

Hari ini sudah sampai muka surat 31 bagi tahun 2016.  Cepat sungguh masa berlalu.  Macam dihembus-hembus lajunya.  Esok pula sudah masuk bulan Februari.  

Bulan ini padat dengan temu janji dengan doktor.  Hendak dikata sihat, rasa semacam, hendak dikata sakit rasa sihat pulak.  Macam-macam jenis penyakit suka hinggap kalau kesihatan tidak dijaga.  Sekarang baru tahu rasa jadi orang tua hahaha.... 

Seperti biasa satu hari dalam seminggu kami menziarah Barry iaitu sahabat baik Pak Long. Kali ini semangatnya berkobar-kobar.  Ceria dan berkali-kali bagi tahu dia akan berjalan!  Yeah...mudah-mudahan.

Dalam perjalanan balik kami berhenti bila terjumpa beberapa ekor longhorn..  Mak Long ambil peluang melakarkan gambar:

Longhorn jantan

Longhorn jantan dan betina

Longhorn mengawan






Longhorn jantan












9 comments:

  1. Assalamuaalaikum Mak Long. Ada orang makan ka dagin dia? Saja curious..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle. Ya dagingnya boleh dimakan tetapi jarang ada di pasaran. Sekiranya teringin nak rasa boleh buat pesanan khas dari rancher.

      Delete
  2. Salam maklong. Jemput ke blog saya http://www.ziedanazri.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Zieda,

      Terima kasih jengok blok Mak Long. Alhamdulillah Mak Long baru sahaja melayari blog Zieda.

      Delete
  3. Assalamualaikum Mak Long.. Macamana dengan temujanji dengan doktor tu Mak Long.. semoga tiada apa-apa yang merisaukan dan Mak Long gembira dan sihat seperti sediakala ya. Longhorn tu macam lembu atau kerbau ke Mak Long?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Che Mid,

      Terima kasih bertanya tentang kesihatan Mak Long. Alhamdulillah, semua sudah beres walaupun kena makan ubatan. Bab makan ubat nih memang tidak suka! Kena buat senaman setiap hari tiada masaalan memang Mak Long suka beriadah setiap pagi. Longhorn itu adalah satu dari jenis baka lembu yang terdapat di Texas.

      Delete
  4. How time flies these days. A month already gone. But health-wise one must take care of oneself certainly. The longhorns are not wild unlike the deer are they? They seem to be fenced up!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, ain't that the truth! I wrote a short note on Texas longhorn a few years ago which I have reloaded the article again for everyone to read.

      Delete
  5. sempat buat 'projek' pulak si LongHorn ini...hehe...

    ReplyDelete