Pages

Wednesday, December 2, 2015

Nota Riadah Pagi

Assalamualaikum,

Sejak cuaca sejuk-sejuk ni rasa hendak duduk mengeram atas sofa saja.  Malas dan berat rasa tulang hendak bergerak seperti biasa.  Tengok benda-benda dalam peti sejuk, semuanya senyum kat Mak Long.... "eat me, eat me..."  Rosak habis rosak selera kite hendak makan semua!  Sudahlah bertambah-tambah besar pun number berpusing bila Mak Long berdiri di atasnya pagi-pagi tadi.....!  Waahhdooo! Besar dan berat number itu... It is time babe...... move... get out of that door!!!!

Yeapppp ....  Tengok cuaca ... terang..!  Tengok suhu .... 39 degree feranheit.. ok lagi tu boleh tahan lagi belum tahap beku!  Berfikir hendak yogakah atau jalan kakikah?  Alaa jalan kakilah boleh tengok keliling kampung.....

Hmmm... nak pakai baju tebalkah atau biasa-biasa?  Sebab nanti kalau sudah berjalan mesti berasa panas dan berpeluh.. Pakai baju teballah nanti kalau rasa panas boleh buka selapis dan ikat di pinggang...  



Rusa kata tak sejuk pun

Nak guna MP3 lamakah?  Ishhh... mana-mana pun boleh babe... janji cairkan lemak tu..!

Sudah siap semua Mak Long buka pintu.....Ooooweeee sejuk you macam sejuk di Kutub Utara!  Semangat mesti kental babe ....   Go on......Keep going...keep going....

Sedap telinga mendengar dengan Zaiton Sameon dengan Menaruh Harapan..... sampai empat kali ulang-ulang.. lagu kegemaranlah nih..





Alhamdulillah, dua batu lebih hampir tiga batu berjalan hari ini.... keliling kampung.  Berpeluh juga sejuk-sejuk begini.  Esok lain cerita pulak...












4 comments:

  1. Seronok agaknya keluarkan peluh dlm cuaca sejuk yer Mak Long. Saya kalau panas berdenting ni, lemah semangat. Dulu pernah cuba jogging selepas subuh, tapi baru 10 langkah, bapa saya dah follow naik motor. Bahaya katanya... Tapi iyerlah..kalau x nak tu, seribu alasan kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long selalu fikir aktiviti senaman itu sangat penting bagi kita, terutama macam Mak Long ni sudah sangat berumur. Mak Long tidak suka jogging cepat penat.... Hahaha bapa Aziela bimbang keselamatan anakandanya. Mesti anak abah ni....

      Delete
  2. Suratan nasib Zaiton Sameon ini bagaikan telah terbayang dalam lagu dendangannya...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mak long
    lama tak singgah umah mak long...
    arap mak long pak long sihat2 aje....

    nak turun salji ke mak long...suhu sejuk.

    ReplyDelete