Pages

Sunday, August 30, 2015

Nota Sempena Hari Merdeka

Assalamualaikum,

31hb Ogos setiap tahun adalah hari bersejarah bagi Malaysia melengkongi sultannya, rajanya, orang besarnya,  rakyatnya dan tanahnya...  Ia itulah hari kemerdekaannya yang sudah mencapai 58 tahun lamanya.

Tertarik dengan nukilan ini yang dikatakan dari A. Samad Said dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua khasnya rakyat Malaysia, negara tercinta.  


Bunga Raya Bunga Negara Malaysia





HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....


Oleh:
A.Samad Said.








Nota:    

Mak Long telah diberitahu oleh seorang pembaca bahawa nukilan puisi ini bukanlah nukilan dari A. Samad Said.  Lantas Mak Long mengikuti siaran Utube untuk kepastian.  Setelah menatap satu temuramah itu nukilan di atas jelas bukanlah milik beliau.  Siapakah penulisnya?  Yang menghairankan mengapa menggunakan nama penulis agong?  Mengapa pula mahu mengelirukan masyarakat?





8 comments:

  1. selamat hari merdeka mak long :-))
    take care...

    pssst ...mak long...mujur yan ada separuh darah jawa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tanah air kita... Tapi kite nih benar-benarkah dah merdeka?
      Hihihi Yan.. Mak Long ada terbaca puisi dari Usman Awang berbunyi begini:

      "Jawa itu Melayu,
      Bugis itu Melayu,
      Banjar itu Melayu,
      Minangkabau memang Melayu,
      Aceh dan Siak adalah Melayu,
      Jakun dan Sakai lebih Melayu,
      Arab dan Turki pekat Melayu,
      Mamak dan Malbari jadi Melayu,
      Malah mualaf bertakrif Melayu"
      "

      Delete
    2. aduh..dah tak boleh lari dah...tetap melayu ..

      melayu ertinya lari kan dalam bahasa jawa..

      Delete
  2. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Mak Long. Bagaimana dengan cuaca disana sekarang? Summer dah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdeka! Uncle. Sekarang ni musim panas dan sudah hampir penghujung. Waktu siang perlahan-lahan mulai lebih singkat. Bulan depan sudah hampir musim luruh pula..

      Delete
  3. Salam kak, ni bukan nukilan A Samad Said. hati-hati dengan fitnah orang yang bencikan bangsa kita. ni video penafian.
    https://www.youtube.com/watch?v=EPD5MuvKQiw

    ReplyDelete