Pages

Sunday, August 9, 2015

Nota Aktiviti Musim Panas Di Canyon Lake, Texas

Assalamualaikum,

Hampir lebih daripada dua minggu Mak Long mengalami "jetlag" .... mabok perjalanan menyeberang benua.  Kuderat Mak Long sudah tidak kuat lagi untuk berjalan jauh-jauh seperti dulu-dulu.  Hidup sudah hampir ke penghujungan jalan...  Mata mengantuk terasa berat hendak kejam waktu siang, manakala waktu malam pula mata celik segar bugar terkebil-kebil dalam gelap.  Tambahan pula alonan dengkor orang tersayang di belah rancak mendendangkan lagu malam...hmm.  Demam dan batuk pula... ah! tidak perlu ikutkan hati memanjakan diri.  Heret dan paksa kuderat badan ini memulakan jadual harian.  Yoga, berjalan kaki dan jaga permakanan.  Ketika berada kampung bukan main raya lagi Mak Long!  Semua makan terutama buah rambutan yang meloyot-loyot di pokok.. dan buah cempedak!


Cempedak

Musim panas tahun ini pun amat panas sekali hingga apabila berjalan di atas rumput yang selalunya menghijau kini terasa dan kedengaran kerangupan rumput kering di bawah tapak kaki.  Papan tanda larangan "Burn ban" (Dilarang membakar) dikuat-kuasa terpacak di setiap persimpangan jalan kawasan kami.  Namun begitu, rasa amat bersyukur dengan hikmah datang ketika musim hujan teruk di akhir musim bunga baru-baru ini yang mana ia memberi bekalan air mencukupi di kawasan kediaman kami dan tidak terjejas seperti di tempat-tempat lain.  Aras air di Tasik Canyon masih tinggi...  


Canyon Lake, Texas

Musim panas-panas begini penduduk tempatan di kawasan kami "Texas Hill Country" tidak banyak aktiviti untuk berkebun atau bercucuk tanam.  Ini kerana cuaca yang terlalu panas, temperature tinggi hingga mencecah melebihi 100 degree fahrenheit biasanya mulai jam sepuluh pagi seterusnya sepanjang hari hingga ke malam.  Kami siram pokok-pokok saban hari agar tidak mati kekeringan.  Lebihlah sedikit bil air gamaknya....  Di hujung minggu pula ramai penggunjung dari luar datang ke kawasan kami di Canyon Lake khas untuk bersukan air berhanyut "tubing", berkayak atau berendam macam badak sumbu di Sungai Guadalupe.  Di sepanjang tepian Sungai Guadalupe sentiasa penuh sesak dengan pekhemah-pekhemah berlonggok menikmati alam sekitar; masak bbq makanan dan makan di sekeling unggun api.  Air sungai ini mengalir melalui empangan Canyon Lake.  Omputih sanggup bersusah payah dan memang pantang jumpa air dalam kolam ke, dalam sungai ke, dalam tasik ke atau di laut ke.. maka di situlah mereka dengan air!  Kalau di negara sendiri di Malaysia, penduduk cari air terjun dan sungai yang cantik dan jernih airnya untuk berkelah dan mandi manda.  Klik di sini




Sungai Guadalupe

Selain dari aktiviti bersukan air, omputih di sini suka mengadakan "garage sale" di kawasan kediaman masing-masing. Klik di sini  Mak Long tidak pernah buat "garage sale".  Pergi ke "garage sale" selalulah.  Pak Long pun suka pergi ke "garage sale".  Sahaja seronok melihat dan memerhatikan mereka.  Inilah antara kerja orang sudah pencen mengisi masa lapang!  Akhir minggu ini kami bergarage sale...  Bukan membeli apa-apa pun..  Tetapi kan, mata Mak Long suka mencari-cari  barang-barang kerja-tangan yang boleh digunakan untuk Mak Long sendiri.  Kali ini tengoklah apa Mak Long dapat dari salah satu daripada "garage sale" yang kami kunjungi itu.  Cuma USD0.75 sahaja.  Masih baru dan cantik pula.  Tengoklah gambar di bawah ini... rasa macam dapat percuma aje haeii...  Sebelum pukul dua belas tengahari kami sudah balik ke rumah....panas!!


Gebar bayi













10 comments:

  1. So Mak Long, you are back home now. How nice! A no. of the bloggers are complaining of the heat too. Well nothing like home certainly!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, I am home. There is nothing better than being at home, feel at home. You know Hank, sudah banyak tahun Mak Long hidup merantau merata di negara orang ikut Pak Long kerana tugasnya. Setiap masa dahaga dan merindui kampung halaman .. "Malaysia". Mak Long sudah dapat terima dan damai dengan hakikat hidup merantau.

      Delete
  2. asalamualaikum mak long..banyak2 kan rehat mak long...minum air kosong...take care..moga maklong sihat seperti sediakala..panas kali ni memang lain macam...walaupun kat malaysia ada hujan..tapi cuaca bahang terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Alhamdulillah dah sihat dah. Cuaca panas buat badan berasa cepat letih. Yeap minum air kosong ubat paling mujarap sekali.

      Delete
  3. Berehnya..g luar ngr..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nor Azman. Di mana jua kita di bumi Allah ini sama sahaja. Ada pasang dan surut..

      Delete
  4. Assalamualaikom Mak Long,

    Cantik ya, pemandangan Canyon Lake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pak Mail. Ciptaan Allah tidak siapa mampu melawannya..

      Delete
  5. AsSalam Mak Long dan Salam Syawal yang masih berbaki...

    Cantik jer mafla tu Mak Long..nanti bolih pakai masa sejuk2...semoga Mak Long sehat2 selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bunda dan selamat hari raya juga buat Bunda. Ya, cadangan yang sangat baik tu Bunda. Terima kasih jua dengan doa...amin.

      Delete