Pages

Wednesday, July 15, 2015

Nota Ramadan Di Ambang Syawal

Ramadan Di Ambang Syawal






Esok Khamis adalah hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan Ramadan iaitu bulan tarbiyyah dan ibadat yang penuh berkat bagi tahun 2015.  Tahun ini Mak Long berpeluang menyambut lembaran Syawal bersama Emak dan keluarga.  Tetapi hati Mak Long berasa hambar dan bersaja dengan kedatangan hari lembaran setelah berjaya menjalani ibadah berpuasa.  Rasa sedih dan sayu pun ada untuk melepaskan perginya bulan Ramadan.  Tiada persediaan apa-apa untuk sambutan lembaran.  Hanya sepasang baju kurung Johor pemberian dari adik angkat tersayang Mak Long.  Cantik warnanya!  Terima kasih Dik, budi mu dikenang sentiasa. Semuga Allah limpahi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Mungkin disebabkan kesihatan Emak yang sedang sangat uzur.  Pada pandangan kasar tidak mungkin Emak kembali pulih seperti sedia kala.  Tetapi kuasa Allah tidak siapa tahu dan menduga atas perancangan azali Nya.  Mungkin esok lusa Emak pulih kembali.  Boleh bangun, berjalan dan duduk sendiri tanpa bantuan!  Atau boleh menyudu makanan ke mulutnya sendiri.  Manalah tahukan!  Namun Mak Long redha serta bersedia menghadapi segala dugaan dan kemungkinan.

Di kesempatan ini juga Mak Long ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri istimewa untuk semua pengunjung yang dihormati dan dikasihi ke blog ini.  Mohon maaf zahir dan batin kiranya terselit lafaz dan ungkapan Mak Long yang menyentuh dan menyentap hati.  Bagi anda yang berperjalanan jauh untuk bersama keluarga dan sanak saudara berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya.  Doa dan harapan Mak Long agar semua selamat dan sejahtera di hari raya.  Amin...










2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada Mak Long dan Pak Long semoga sentiasa di berkati Allah SWT dan dalam keadaan sihat dan walafiat adanya!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Hank dan keluarga. Mudahan sambutan lembaran tahun ini lebih berkat dan bermakna dari tahun yang sudah-sudah.

      Delete