Pages

Wednesday, April 8, 2015

Nota Perjalanan Ke Utara Amerika (Hari Kedua)

Sampai sahaja di Bandaraya Albuquerque, New Mexico kami terus sahaja ke Hampton Inn untuk malam itu.  Kami tidak membuat tempahan bilik terlebih awal memandangkan tidak dapat menganggarkan sejauh mana sedapatnya kami memandu.  Kalau larat lagi kami akan teruskan lebih jauh lagi.  Nampaknya hari pertama perjalanan terpaksalah berhenti dan berihat di Albuquerque sahajalah.  Sampai di hotel, kerani hotel bertugas memberitahu kami mereka hanya ada dua buah bilik sahaja yang kosong.  Mujur!  Kalau tidak kenalah cari bilik di hotel lain.  Pendapat Mak Long sekiranya berjalan jauh, seluruh anggota berasa penat, lesu dan sakit-sakit tulang, jadi eloklah pilih bilik hotel itu yang mempunyai dua buah katil agar dapat keselesaan dan merihatkan badan sepenuhnya.  Malam itu kalau orang campak Mak Long keluar tingkap pun tidak sedar hihihi..





Sarapan pagi hari ini seperti biasa yang disediakan oleh pihak Hampton Inn.  Makan berhasiat untuk memulakan hari yang cantik dengan tenaga yang sudah pulih semula. Makanan yang dipilih adalah secawan teh hijau, quaker oat, telor rebus dan buah-buahan.  Secawan air teh hijau panas tapau untuk dalam kereta.  Sekarang Mak Long sudah sedia untuk memulakan hari ini.




Kami bertolak dari hotel jam 7:30 pagi.  Cuaca sangat cantik dengan sinaran matahari pagi cerah dan ceria.  Suhu pula 45 degree feranheit... Sejuk!  Pak Long sudah siap mengisi maklumat pada minah GPS menghala Moab, Utah.  Tetapi kan, kita merancang, melakukan dengan cermat tetapi Allah menentukan.  Minah GPS meragam.  Mengikut peta yang telah kami tengok, kami perlu melalui Lebuhraya 40 barat kemudian masuk ke Lebuhraya 491 utara.  Aduihai...  25 batu jauhnya kami sesat, dia tidak tunjuk arah betul sehingga kami termasuk sempada Arizona.  Kami terpaksa berhenti di welcome center Arizona untuk isi maklumat perjalanan sekali lagi pada si minah GPS.  Kali ini alhamdulillah...  




Rata-rata lebuhraya 491 yang dilalui adalah daerah penduduk Red Indian, Indian Reservation.  Tanah tandus tidak satu tumbuhan pun hidup.  Kerajaan Amerika menganak tirikan rakyat pri-bumi negaranya.  Kehidupan mereka ditindas dan dipinggirkan oleh pemerintahan negara.  Kemiskinan rakyat Red Indian jauh lebih teruk dari rakyat bangsa lain yang miskin di Amerika.  Mereka ditempatkan di desert tempat-tempat tidak berguna, tidak boleh bercucuk tanam, mereka hidup miskin tetapi mereka tidak memborontak seperti rakyat berkulit hitam yang tidak berhenti dan tidak habis-habis mempertingkaikan bahawa atok nenek mereka jadi hamba di Amerika yang sudah berabad berlalu.  Mereka masih merengik minta diganti rugi...




Sudah masuh waktu tengahari, perut sudah berkeroncong.  Kami berhenti cari makan tengahari di Bandar Shiprock, New Mexico.  Hendak cari makanan daging halal memang elek!  Kesudahannya kami singgah di KFC.  Jawabnya mashed potato dan coslaw sahajalah!  KFC di sini dikendalikan oleh orang Red Indian. Pelanggannya pun ramai puak itu juga.  Cuaca di luar sejuk ditambah lagi dengan tiupan angin utara.  Adoiii sejuk sampai ke tulang.




Dari Shiprock sudah hampir dengan sempadan negeri Colorado.  Lanskap beransur-ansur berubah pemandangan dari pergunungan batu batan kepada lanskap menyegarkan dengan warna hijau saujana memandang.  Allah hu akbar indahnya alam ciptaan Nya.




Akhirnya kami sampai juga ke sempadan Negeri Utah jam 2:05 petang "mountain time".  Begitu juga pemandangan di selatan Utah menghijau dengan tanah pertanian yang baharu hendak bermula kerja-kerja penyemaian tanaman baharu selepas tamat musim sejuk.  Sampai di satu bandar kecil, tidak ingat nama bandar tersebut sebab susah sangat otak hendak menyebut namanya pun.  Buka sahaja pintu kereta, aduh tak tahan-tahan rasa sejuk menyerang.   Yeooo sejuknya!  Larik cepat masuk dalam kedai di stesen itu.  Pak Long capai sebotol minuman chocolate susu, manakala Mak Long pula ternampak barisan kotak air kelapa dalam peti sejuk.  Hah apa lagi itulah yang dicapai.  Bukan main mahal harganya..USD2.99 sekotak!  Kena tunggu air kelapa itu sebentar agar kurang sejuk barulah diminum.

Kami sampai di Bandar Moab jam 4:30 petang dan terus ke Moab Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar.  Pak Long telah menempah bilik terlebih awal.  Bandar Moab merupakan sebuah bandar pusat pelancungan.  Sungguh ramai pelancung berkunjung di sini dari pelbagai bangsa dan tempat.   Barang-barang yang Mak Long berkenan pun mahal.  Tidak payah belilah selain dari baju-T untuk anak-anak dan Anna cucu Mak Long.  

Kami keletihan dengan perjalanan jauh.  Maklumlah apabila umur sudah menyeberang ke hujung hayat tenaga muda sudah hampir habis diguna.  Namun kami tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk menikmati dan melihat ciptaan Nya yang maha indah tiada siapa pun yang dapat menandingi Nya.















4 comments:

  1. SubhanAllah, cantiknya gambar2 pemandangan yang dirakam. Betapa hebatnya Allah SWT yang menjadikan semua itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergenang air mata Mak Long bila tengok setiap ciptaan Nya, Kak Cik.

      Delete
  2. subhanallah...permandangan akhir tu cantik..sangat cantik..betul2 penat ye maklong sampai dicampak keluar pun tak sedar...:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Yan, bila badan dah penat, begitulah bila umur sudah jauh ke penghujung. Gambar yang Yan maksudkan itu adalah ladang tanaman yang sangat luas hingga sayup di kaki langit. Mak Long tidak pasti apakah yang mereka hasilkan.

      Delete