Pages

Sunday, February 22, 2015

Nota Belimbing Buluh Punya Pasal

Assalamualaikum,

Ini semua gara-gara tamak punya pasal.  Di sisi rumah kampung ada sepokok belimbing buluh.  Lebat bukan main buahnya bergayut di pangkal pokok tua itu hingga meliputi seluruh pangkal pokok.  Bukan di situ sahaja buahnya lebat malah meloyot-loyot di hujung dahan  itu.  Kalau hendak tahu berapa tua pokok antik ini.. Sudah lebih enam puluh lima tahun, lebih tua dari umur Mak Long.  Sudah banyak ia berbudi kepada kami sekeluarga malah sekampung!  Bukan pernah berbaja pun pokoknya.  Rahsianya longkang dari saluran bilik air/mandi yang mengalir beberapa kaki sahaja darinya jadi baja.



Belimbing Buluh


Geram sungguh tengok buah yang sebegitu lebat hingga teruja hendak memetiknya untuk digunakan dalam masakan hari itu.  Lantas Mak Long mencapai sehelai beg plastik dan terus memetik buah-buah yang sudah besar di bahagian pangkal pokok.  Hampir penuh beg itu diisi dengan buah belimbing buluh.  Tiba-tiba timbul pula keinginan untuk membuat jeruk belimbing, mesti sedap dimakan dengan sambal belacan atau sambal keketuk kampung.  Mak Long tidak nampak tangga, galah pun tidak kelihatan berhampiran.  Yang nampak hanya sebuah kerusi plastik baru di hadapan pintu dapur.  Mak Long segera membawanya ke bawah pokok belimbing itu, capai sebuah bakul rotan bertangkai panjang dari bangsal berhampiran.  Lantas tanpa berfikir panjang Mak Long pun naik dan berdiri di atas kerusi plastik tadi.  Tangkai bakul itu Mak Long guna sebagai pengait buah di mana buah-buah itu bila tanggal dari tangkainya terus masuk ke dalam bakul.  Banyak dapat buah belimbing dipetik melalui cara ini.  Hati mulai berasa tamak, hendak terus memetik buah-buah yang di hujung dahan, pada hal sudah banyak belimbing yang dipetik......bisikan syaitanlah tu!!   Lalu Mak Long cuba berdiri lurus meninggikan badan dan menghalakan tangkai bakul ke hujung dahan...  Crekkkk....bokkkkkk....!!!  Bunyi seperti nangka luruh ke bumi!  Entah macam mana Mak Long sudah terduduk di pangkal pokok sedang kerusi itu sudah patah dua di sisi!   Aduhai... Inilah gara-gara buat kerja ambil buat jer.  Sakit tau!  Tangan kanan bengkak dan lebam hampir serta merta.  Jari kelengkeng berasa sakit..patah ke?  Mak Long goyang-goyang jari itu, mujur tidak ada tulang retak atau patah!  Siku pula terasa sakit dan berdarah deras mengalir....luka dalam. Terasa susah benar hendak bangun.   Mujurlah tidak siapa nampak, malunya kalau Irfan anak buah Mak Long nampak.  Ish, ish, ish...   Tentu dia nanti kelam kabut panggil ibunya....















2 comments:

  1. asalamualaikum mak long...mak macamana...alhamdulilah mujur maklong tak apa2....habis jadi ke mak long buat jeruk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Itulah gara-gara belimbing buluh! Seminggu tangan kanan Mak Long bengkak. Lebamnya masih ada. Tak jadi pun buat jerok, habis buat masakan. Paling sedap buat sambal belimbing hijau!

      Delete