Pages

Thursday, January 29, 2015

Nota "The Sniper" - Penembak Hendap

Assalamualaikum,

Kemarin selepas sarapan pagi, hari mendung sahaja, hujan dan angin bertiup agak kuat juga.  Waktu-waktu macam ini enak menghirup kopi kampung panas.  Mak Long terpaksa batalkan keinginan beriadah berjalan kaki seperti biasa.  

Pak Long cadangkan kami keluar ke Bandar San Marcus kira-kira 23 batu jauhnya dari rumah kami.  Pak Long perlu ke kedai gunting rambut, katanya.  Sementara menunggunya Mak Long bolehlah "window shopping" di J C Penny katanya lagi.  Dah tua-tua ini Mak Long tidak berminat membeli belah tapi tengok-tengok tu apa salahnya.  Rambutnya memang sudah panjang pun, sudah melilit telinga.   

Tambah Pak Long lagi mungkin menonton satu movie yang telah pun beberapa lama masih ditayangkan di panggung wayang.  Lama tidak menonton movie teringin juga rasanya.  Akhirnya itulah yang kami dahului, menonton "The American Sniper".      

Menurut keterangan yang diberi ceritanya kesah benar-benar berlaku.  Chris Kyle bertugas sebagai US Navy SEAL telah dihantar ke Iraq dengan satu misi.  Tugasnya ialah sebagai penembak hendap atau penembak curi memberi perlindungan kepada askar-askar yang sedang bertugas di medan perang.  Oleh kerana kecekapan dan kemahiran yang luar biasa ia digelar "Legend" tetapi nyawanya juga sentiasa dihujung peluru.  Beratus orang musuh yang mati dari tembakannya.  Tetapi Chris Kyle juga menghadapi masaalah besar dalam rumahtangganya walau pun ia cuba berusaha menjadi suami and bapa yang baik namun hatinya sentiasa terpanggil untuk kembali bertugas di medan perang menyelamatkan kawan-kawan serta melawan dan mengalahkan musuh.  Fikirannya terganggu dengan peristiwa-peristiwa ngeri di Iraq.  Suatu hari oleh kerana tugas untuk menyelamatkan rakan-rakan dari letupan bom, Chris Kyle terpaksa menembak seorang kanak-kanak bersama seorang wanita Iraq yang tidak berdosa.  Mereka berani mati membawa bom tangan untuk dilemparkan kepada askar Amerika.  Sebenarnya mereka telah dijadikan sebagai perisai dan umpan oleh musuh.  

Mak Long sedih dan tidak sedar air mata meleleh, apabila melihat orang-orang Islam menggunakan kanak-kanak dan wanita mereka menjadi mangsa dan umpan bagi askar Amerika.  Mereka sepatutnya memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita mereka.  Di situ jelas lelaki Islam di Iraq yang konon mempertahankan negara dari musuh jadi pengecut kerana sanggup mengorbankan anak-anak dan isteri sendiri menjadi umpan sasaran.  

Hati Mak Long pun geram juga dengan askar Amerika yang juga sama-sama tidak berhati perut.  Betapa ruginya dunia peperangan yang tiada penghujungnya.  Rakyat yang tidak berdosa menjadi korban tidak pasal-pasal.  Pemerintah negara pula duduk senang lenang, sedang rakyat jadi korban.  Tidak pula menyalahkan pihak askar sangat.  Mereka hanyalah menurut dan menjalankan tugas yang diperintah oleh ketua walau pun ada juga di antara mereka tidak bersetuju dengan peperangan. 

Beribu ramainya bekas askar Amerika dilapurkan gugur dan ramai menggalami tekanan jiwa yang teruk sekembalinya mereka dari Iraq seperti Chris Kyle.  Ada yang membunuh diri, tidak tahan dan tidak sanggup dengan penderitaan yang ditanggung.  Ramai yang cacat dan hilang upaya.  Ada yang tidak mampu menanggung sara hidup kerana kecacatan teruk.  Di TV pula setiap hari melaung-laungkan meminta derma dari orang ramai untuk membantu bekas-bekas askar dan keluarga mereka yang kurang upaya.  Kenapa ketua-ketua negara yang hidup senang lenang itu tidak membantu?  Gelagat mereka semakin bongkak lagi sombong ada!

Wahai manusia berhentilah berperang antara satu sama lain.  Sayangilah dan hormatilah nyawa sesama manusia.  Tidak ada hasilnya sama ada menang atau kalahnya berperang.  Cacat anggota dan kurang upaya ada!  Ketua negara yang gilakan kuasa jugalah hidup senang!  

Berbalik pada cerita Chris Kyle, isterinya mengugut untuk meninggalkannya sekira Chris Kyle masih tidak mahu berhenti dari menjadi askar penembak hendap dan kembali kepangkuan keluarga.  Demi keluarga akhirnya Chris Kyle berhenti walaupun hatinya berat.   Sekembalinya ke tanah airnya ia membantu askar-askar yang hilang upaya di sebuah pusat pemulihan.  Malangnya suatu hari Chris Kyle telah ditembak mati oleh salah seorang dari bekas askar yang sedang dibantunya itu.  

Allah itu maha adil!



Padang Pasir














4 comments:

  1. Bila tengok filem yang dihasilkan oleh orang Barat, pastinya mereka sentiasa betul dan Islam itu digambarkan sangat kejam...

    Wallahhuaklam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, Mak Long benci tengok berita TV dan komenter di sini. Bodoh bendol mereka ni tidak boleh diajar, pandai sangat tidak boleh diikut.. Keadaan bertambah tenat apabila ketua negara memecah belahkan warna kulit, mengiakan yang salah dan menyalahkan yang benar. Semua gila nama dan kuasa. Ekonomi negara dikuasai hampir semua orang (Y) tamak dan rangkus yang dalam Quran pun memang sudah menyebutnya.. Tapi sapalah kita ni..

      Delete
  2. kena tengok filem ni..mcm best je :-))

    amerika pun ada minta bantuan org ramai untuk tlg askar yang kurang upaya..yan ingat kat amerika tak ada minta bantuan rakyat... :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iryan, cuma tidak digembur-gemburkan di luar negara. Kalau kita ke mana-mana di sini dan tengok lelaki segak berjalan atau ada pemain bola handal jangan terperanjat mengetahui kedua-dua kakinya sudah tiada. Harga perubatan di sini terlalu tinggi, kalau tiada insuran perubatan gayanya tidak mudahlah untuk dapat rawatan..

      Delete