Pages

Sunday, December 28, 2014

Nota Cuci Mata Dan Shopping

Assalamualaikum,



Kesejukan Musim Sejuk

Sudah tiga hari Mak Long tidak dapat melakukan riadah berjalan kaki seperti biasa.  Sudah tiga hari juga cuaca buruk, angin, hujan dan sejuk, tiada salji lagi tahun ini.  Pak Long tanya Mak Long hendak buat apa cuaca sejuk-sejuk begini.  Sebenarnya Mak Long punya beberapa aktiviti sendiri di rumah di kala musim-musim begini.  Satu darinya ialah menyudahkan jahitan quilt yang sudah terbengkalai sekian lama, membaca buku yang menunggu untuk dibaca atau pun menyiksa minda dengan jjigsaw puzzle yang telah hampir dua minggu terhenti.  Pak Long cakap "Kenapa tak pergi ke mall sahaja.  Lepas perayaan Natal biasa kan ada banyak jualan murah besar-besaran?!?..".  Ya tak ya juga!  Bagus juga cadang Pak Long!  Senyum lebar dari telinga ke telinga!  Orang perempuan ni kalau sihat badan sikit, sebut aje pasal shopping sakit atau tidak pun boleh jadi segar!   Apabila semua kerja rumah sudah siap dan lepas Zohor Mak Long keluarlah sorang-sorang.  Tidak seronok pergi dengan Pak Long, nanti orang sebok berbelanja, dia akan berasa bosan pulak kena tunggu.  Ada banyak kerusi di mall disediakan untuk orang-orang tunggu kerabat yang berbelanja.

Mak Long pilih gedung JC Penny yang paling dekat dengan kediaman kami, kira-kira 18-20 batu sahaja jauhnya.  Sampai di gedung tersebut memang sudah ramai orang atau pelanggan berada di situ.  Ada yang datang untuk memulangkan semula barangan hadiah atau tukar sais sebagainya.  Selain dari gedung JC Penny di sekitar ialah Target, The Barn dan beberapa gedung ternama lain.

Di dalam gedung JC Penny, Mak Long mula berjalan pelahan-lahan membelek-belek beberapa barangan yang semuanya cantik pada mata.  Gedung ini besar boleh lengoh kaki berjalan.  Bagus juga ganti riadah jalan kaki yang tidak dapat dilakukan dalam tiga hari ini. Macam-macam ada di gedung ini, bawakkan duit atau kad plastik sahaja.  Semua ada, semua boleh beli ikut pilihan kegemaran kehendak sendiri.  Kaunter intan belian pun ada!  Riadah untuk kecantikan pun ada!  Semua jualan diturunkan harga sempena lepas jualan hari Natal dan menyambut tahun baharu.  

Mak Long tidak perlu apa-apa sebenarnya hanya tengok-tengok cuci mata, walaupun Pak Long tidak pernah menyekat.  Ingat jangan membazir wang ringgit kepada benda-benda yang tidak perlu.  Mak Long teringat musibah banjir teruk yang sedang berlaku di tanah air.   Setiap tahun musibah banjir berlaku di hujung tahun dan mereka memerlukan bantuan.  

Sampai di sudut barang-barang gaget dapur Mak Long tengok ada bermacam-macam benda seperti mesen bancuh kopi canggih, mesen bancuh kuih canggih... macam-macamlah.  Naik juling mata melihat.  Baru teringat Mak Long perlu mesen blender yang SH tibai dari dapur beberapa bulan dahulu.  Masaalah juga hendak mesen cili kering!  Tidak perlu yang canggih atau yang "fancy", asalkan boleh mesen cili sudah cukuplah.  Mak Long pilih  yang ini "Cuisinart" satu jenama lama nampak mudah sahaja untuk diguna.  Harga asalnya ditandakkan hanya USD100.00 se unit dan harga barunya USD49.99.  Berpatutan dah tu lalu Mak Long ambil dan bawa ke tempat pembayaran.  Panjang juga berbaris untuk menunggu giliran.  Aleh-aleh bila hendak bayar harga yang dikenakan pulak USD69.99.  Mak Long tanya "Are you sure that's the price?"  Jawabnya pendek, "Yes, Maam that is what came out from the machine.."  Ok ... Mak Long bayar dulu walau rasa tidak puas hati.   Lepas bayar Mak Long pergi semula di mana harga blender itu diletakkan dan membawa kad harga itu kepada wanita tadi.  Kena beratur lagi tapi tidak kisahlah asal puas hati.  Sesampai giliran Mak Long tunjukkan kad yang menunjukkan kad harga kepadanya.

"Oo my gosh!  This price is for tomorrow door buster event!  But don't worry, we will honor this price for you! "  Hihihihi senyum lebar Mak Long sambil mengucapkan terima kasih.  Maka harga yang diberikan hanyalah USD49.99 sahaja.  "Worth it!"

Semalam pula, Pak Long ajak makan di luar.  Seronok juga tidak payah masak, boleh rehat!  Selepas makan Pak Long terus sahaja memandu arah ke selatan Bandar San Marcus.  Mak Long tidak tanya biarkan sahaja.  Rupa-rupanya Pak Long hendak ke Rolling Oak Mall.  Ramainya orang!  Kami berjalan mundar mandir keliling mall beberapa ketika kemudian Mak Long singgah di gedung Dillard seterusnya ke gedung Macy.  Mak Long suka kedua-dua gedung ini.  Macam-macam barang berjenama terkenal ada dari Prada, LV, Michelle Kor hinggalah Coach yang menjadi kegilaan wanita kini tidak kira pangkat atau umor.  Pak Long kata dia tunggu di satu tempat.  Agaknya Pak Long hendak beli barang dia sendiri.    Banyaknya pakaian cantik-cantik dan menarik.  Memang buat mata juling sekali lagi.  Jangan membazir kata hati dan fikiran!  Senyum Mak Long sendirian.... mengingatkan diri sendiri.  Alhamdulillah Mak Long dapat menahan diri dari membazir!  Cuma beli dua helai baju panas untuk Emak dan untuk Mak Long sendiri berharga USD7.40 setiap sehelai dari harga asalnya USD50.00.  Oklah tu kan kemudian terus cari Pak Long yang sedang menunggu!

Moto yang Mak Long amalkan, biar bijak bila berbelanja agar tidak membazir.  Belanja bila perlu sahaja!  Hihi Kekadang terbabas juga..... 
















No comments:

Post a Comment