Pages

Thursday, July 4, 2013

Nota 4th Of July

Assalamualaikum,

4hb Julai ialah hari kemerdekaan Amerika Syarikat dari kerajaan British.  Pada hari tersebut rakyat Amerika malah ramai mereka yang berhijrah dan tinggal di Amerika Syarikat menyambut hari kemerdekaan dengan berbagai acara.  Di antara aktiviti termasuklah mengadakan perarakan di bandaraya-bandaraya tertentu seperti di Washington D.C., New York juga di bandar-bandar kecil amnya; pertunjukan bermain bunga api; perlawanan sukan; berkumpul beramai-ramai menjamu selera di taman-taman awam atau di tempat-tempat kediaman; bersantai di tepi-tepi pantai atau sungai dan lain-lain aktiviti lagi.  Orang Amerika suka berseronok....

Sejarah mencatatkan apabila tercetusnya peperangan antara beberapa kumpulan jajahan Amerika dengan askar British berlaku dalam bulan April 1775.  Kumpulan jajahan Amerika menuntut keadilan hak-hak mereka sebagai rakyat British.  Peperangan revolusi semakin membara dan gerakan tuntutan hak untuk kemerdekaan dari kerajaan British telah ditubuhkan.  Dalam pertengahan bulan Jun 1776, diketuai oleh lima orang kuat kumpulan termasuklah Thomas Jefferson, John Adams dan Benjamin Franklin telah diberi mandat untuk merangka dan melaksanakan pembentangan kertas kerja kemerdekaan dari kerajaan British.  Thomas Jefferson memainkan peranan terpenting dalam perlaksanaan mandat kemerdekaan itu.  Pada tarikh 4hb Julai, 1776 bertempat di Philadelphia, maka lahirnya Amerika Syarikat secra rasmi sebagai sebuah negara merdeka.  Setiap tahun seperti negara-negara lain yang beroleh kemerdekaan, rakyat Amerika meraikan hari bersejarah itu.  Ia lebih dikenali sebagai "4th of July" dikalangan rakyat Amerika Syarikat.




Pertunjukan Bunga Api Penting pada 4th of July



Berseronok Bermain Air








No comments:

Post a Comment