Pages

Sunday, June 2, 2013

Nota Eureka Springs, Arkansas



Assalamualaikum,

Eureka Springs ialah sebuah perkampungan tua sangat unik telah lama ujut sejak di zaman Victorian.  Kini ia menjadi satu dari pusat pelancungan terbesar di Arkansas.  Bandarnya kecil sahaja tidak besar mana pun.  Jalanraya kebanyakan menyerupai lorong-lorong kecil sahaja sempit berbengkang bengkok serta curam.  Jalan yang terlalu curam tidak berani Mak Long hendak lalu walau pakai sepatu sesuai untuk keadaan begitu.  Semua bangunan berbentuk "Victorian-style" dan dipelihara rapi seperti zaman gemilangnya.  Eureka Springs disenaraikan sebagai satu dari destinasi yang mempunyai kelainan di Amerika oleh National Trust for Historic Preservation.  Perkampungan Eureka Springs juga dikenali sebagai "The Little Switzerland of America" dan "The Stairstep Town" kerana keadaanya yang bergunung, lurah dan gaung yang dalam serta bahaya.  Bertambah unik lagi Eureka Springs tidak mempunyai lampu lalu-lintas.



Bandar Eureka Springs

Bandar Eureka Springs

Cerita lagenda orang-orang asli Amerika (Red Indian) percaya adanya mata air mengalir dari celahan batu-batu dianggap suci di kawasan Eureka Springs.  Mata air yang mengalir mempunyai kuasa berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit.  Malah ramai orang-orang Eropa  yang datang ke situ dalam tahun 1800an juga mempercayai ujutnya kuasa ajaib dari mata air di situ.  Seorang doktor bernama Dr Alvah Jackson mengakui bahawa mata air di situ telah menyembuhkan penyakit matanya.  Mungkin secara kebetulan sahaja kepercayaan itu telah menyembuhkan masaalah dan penyakitnya.  Semenjak itu beliau telah menggunakan air dari mata air itu untuk mengubati pesakit-pesakitnya.  Benda-benda kepercayaan begitu memang mudah menarik perhatian orang ramai baik masa dahulu mahu pun sekarang.  Tidak heranlah dalam masa yang singkat sahaja, cerita dari mulut ke mulut tentang Eureka Springs telah tersebar luas menjadi tersohor sebagai pusat pelancungan, spa dan perdagangan.



Post Office dibuka dalam tahun 1800an


Rumah lama di lereng bukit

Sebelum sampai di Eureka Springs kami singgah makan di sebuah restauran makanan laut dipanggil "Catfish Hole Restaurant".  Makanan yang dihidangkan boleh tahan juga sedapnya terutama coslaw dan "hush puppies" (cucur tepung jagung kasar dibentuk seperti cucur pisang).  Jadi malam itu kami tidak makanlah, sudah kenyang!  Kami berada di situ selama tiga hari dan menginab di sebuah hotel kecil di pinggir bandar.  

Banyak tempat istimewa yang boleh dilawati dan perkara untuk dinikmati di Eureka Springs.  Hari pertama kami hanya berjalan kaki di sisir bandar sahaja kerana ketika itu hari pun hampir senja.   Sebelum terus pulang ke bilik hotel kami sempat singgah di kedai perabut orang Amish.  Ramai orang Amish tinggal di situ dan mereka terkenal dengan kebolehan mereka mengeluarkan perabut-perabut kayu bermutu tinggi yang bagus pembuatannya.  Di samping itu mereka juga berkebolehan membuat quilt yang cantik dan bermutu.  Harganya juga boleh tahan tinggi!


Kereta Kuda Amish (Buggy)

Quilt Jahitan Orang Amish



Quilt Jahitan Orang Amish


  Suasana di perkampungan ini sangat menarik, cantik dan damai.  Rumput menghijau segar di padang ragut di mana lembu dan kuda diternak sebagai satu dari sumba ekonomi.  Banyak terdapat pengusahaan penanaman rumput untuk dikeringkan sebagai makanan ternakan di musim sejuk.  Rumput yang sudah panjang akan diketam kemudian dihimpun-gulong bulat seperti dalam gambar bawah dipanggil "hay bale".  




Hotel Cresent dari jauh


"Bales of Hay"
Rumput dikeringkan untuk makanan ternakan

Satu dari yang menjadi kegemaran Mak Long di situ ialah sejenis bunga liar yang tumbuh melata terutama di kawasan rimba dipanggil bunga "honeysuckle".  Baunya harum lembut semerbak setiap kali kami lalu kawasan berhampiran terutama waktu pagi dan selepas hujan.


Bunga "Honeysuckle"

Hari kedua selepas perkena secawan kopi panas berperisa vanilla tambahan keceriaan cahaya matahari pagi bersinar cantik menjanjikan hari yang indah.  Tempat pertama yang kami lawat ialah sebuah "chapel" dipanggil Thorncrown Chapel (tempat sembahayang kecil bagi orang kristian) terletak di atas bukit tinggi dikelilingi oleh pokok-pokok besar dan tinggi melangit.  Suasana di kawasan itu sunyi tetapi indah dan damai dengan tiupan angin yang seolah-olah memainkan lagu lembut dan lunak di telinga memberi kedamaian senubari dan fikiran.  

Thorncrown Chapel

Thorncrown Chapel telah direka-bentuk dan dibina oleh arkitek E Fay Jones.  Bentuk struktur bangunan itu menggunakan bahan kayu dan gelas pula sebagai dindingnya.  Kerana uniknya bangunan ini telah menerima kepujian dari American Institute of Architects dan dicatat sebagai satu dari bangunan tercantik dan unik di dunia.  Kami dibenarkan masuk ke dalam "chapel" untuk melihat dan mengambil gambar.  Menurut penjaga di situ beribu pasangan mengadakan majlis perkhawinan setiap tahun.  Pak Long bertanya bagaimana kerja membesihkan "chapel" itu, kerana bukanlah mudah untuk membersihkan cermin, habuk dan sarang labah-labah yang berserabai itu.  Katanya kerja membersihkan "chapel" hanya dikerjakan setahun sekali iaitu dalam bulan Februari. Harga untuk mengupah membersihkan pula ialah USD4,000.00.    




Bahagian dalam Thorcrown Chapel

Dari situ kami beredar dan menuju ke perhentian keretapi lama yang mempamirkan beberapa buah keretapi lama yang menggunakan kuasa "steam engine".  Sebagai tarikan pelancungan sebuah keretapi lama itu telah dibaik-pulih memberi khidmat membawa penumpang-penumpang menikmati berada di dalam keretapi lama.  Kami tidak melepaskan peluang untuk menaiki keretapi itu yang juga menyediakan makan tengahari.  Makanan yang disediakan ialah salad ikan tuna, buah-buahan dan ice-cream.  Kami duduk di gerabak VIP - pun boleh tahan jugalah!  Saja merasa seronok-seronok.


Perhentian Keretapi ES&NA

Perjalanan kami ke hutan rimba

Keretapi "Steam Engine" lama

Dalam gerabak keretapi VIP

Tetapi siapa sangka hari yang panas dan indah tiba-tiba bertukar hujan pula di waktu petang!  Kami diberitahu cuaca buruk akan melanda petang dan malam hari itu dan dinasihatkan berada di tempat yang selamat.  Selepas kami keluar dari kawasan perhentian keretapi, cuaca mulai bertukar mendung dan angin mula bertiup kencang.  Kami diberitahu oleh pegawai di perhentian agar menggunakan jalan lain kerana sebuah tiang lampu jalan dan pokok telah tumbang kerana tiupan angin di "Main Street".  Kami segera beredar pulang ke hotel.  Hujan lebat selebatnya turun hinggalah ke malam.  Petang itu amaran berjaga-jaga untuk penduduk Arkansas dan Oklahoma berkumandang tidak berhenti.  Angin puting beliong dan hujan air batu akan melanda.  Tuan punya hotel telah menyediakan sebuah bilik khas untuk kami di bahagian bawah bangunan sekiranya perlu untuk berlindung dari puting beliong.  Alhamdulillah, tiada kejadian buruk berlaku dan kami dilindungai dari malapetaka.  Ribut puting beliong dan hujan lebat diramalkan di kedua-dua negeri iaitu Oklahoma dan Arkansas dari hari itu hingga beberapa hari lagi.  Kami mengambil keputusan pulang sahaja ke rumah mengunakan lebuhraya yang sama ketika kami datang dahulu pada hari esoknya.  
















2 comments:

  1. I suppose the quilt pattern s are Red Indian in in origin. They are trult striking. I would cerialy buy one if I see on sale some where.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually star pattern quilts like in the picture above are Amish's. Amish people have simple lifestyle and have remained largely unchanged since they settled in US from Europe 300 years ago. Their quilts are sewn by hand that plain or solid colors are used. They sell their quilts to public too but a little pricey. Their furnitures are made beautifully by hand too as Amish prohibit use of electricity or modern tools.

      Delete