Pages

Sunday, June 30, 2013

Nota BB Gun

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas kami ke pasaraya Wal-Mart di San Marcus.  Niat pertama ke pasaraya ini ialah untuk mencari beberapa bahan barang jahitan Mak Long membuat quilt.  Lama tidak menjahit disebabkan keadaan pengelihatan yang tidak membenarkan berbuat demikian.  Pak Long pula, sampai sahaja di situ dia sudah hilang entah kemana.  Hingga Mak Long sudah selesai mencari keperluan, kelibat Pak Long tidak nampak jua.  Nasiblah pada hari itu Mak Long bawa talipon bimbit bersama.  Biasanya Mak Long tidak bawa selalu lupa sahaja.  Mak Long talipon dia, lama baharu dijawab.  Katanya dia di bahagian alat-alat senjata.  Mak Long ke situ.  Nyata Pak Long sedang membelek-belek sepucuk senapang.  Tidak tahulah apa benda jenis senapang itu, rupanya seperti senapang patah yang suatu ketika Wak pernah memiliki sepucuk pemberian dari Atok Jantan (nama gelaran atok Mak Long sebelah Wak) cuma saisnya kecil sedikit.  

Mak Long tanya hendak buat apa dengan senapang itu.  "You need this......".  "Hah?! "  Mak Long keheranan.   "To shoot the deer......"  Laaaa habislah rusa kali ni......


Baby Gun

Sampai di rumah Pak Long segera sibuk mengisi peluru berupa seperti guli kecil sebesar kacang hijau.  Kemudian mula menembak arah bangunan kecil di belakang rumah beberapa kali.  Mudah sahaja gaya menggunakan baby gun itu.  Lalu Pak Long mengunjukkan baby gun itu kepada Mak Long serta memberi penerangan bagaimana menggunakannya.  Beberapa tahun dahulu Pak Long mengajar cara-cara menggunakan senjata api iaitu sepucuk pistol kecil.  Bukan apa cuma untuk menjaga keselamatan apabila terdesak dan perlu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.  Menggunakan baby gun tidak memerlukan lesen seperti senjata api yang asli.  

Hampir sejam Mak Long berlatih menembak.  Seronok juga menembak ni kalau kena pada sasarannya.  Peluru baby gun tidak membunuh hanya rasa perit sahaja kalau kena tembak.  Pak Long kata tembak bahagian badan yang banyak isi kerana peluru kecil itu tidak telus hanya memberi kesan perit sahaja pada kulit.  Bila rusa-rusa itu datang dekat mengending-ngending dengan pokok tomato Mak Long arahkan baby gun itu ke punggong dan lepaskan tembakan.  Tidak kena pun, sahaja hendak menakutkan mereka.  Lintang pukang mereka lari!  Padan muka!  Setiap kali mereka datang dekat dengan rumah Mak Long tembak mereka.  Nampaknya sekarang mereka sudah faham bahaya kalau datang dekat-dekat rumah.  Itulah sudah puas ikhtiar macam-macam buat supaya mereka tidak ganggu tanaman Mak Long.  Buat masa ini hanya baby gun dan sabun buku irish sahaja yang boleh diharap.  

    





2 comments:

  1. Replies
    1. Nak tembak rusa mesti ada permit atau kebenaran. Kalau tiada permit, pesalah boleh disaman.

      Delete