Pages

Monday, February 18, 2013

Nota Pokok Rosmary

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini cuaca sangat cantik walaupun pagi tadi menampilkan awan hitam tanda hari akan hujan.  Ya, hujan juga renyai-renyai sahaja tetapi akhirnya terang dan matahari mulai keluar menyinar indah.  Burung-burung pun sudah sibuk menyanyi gembira dan berebut-rebut makan bijiran yang Mak Long sediakan dalam tabung tergantung di pokok 'oak'.  Mak Long pun turut rasa gembira dan bersemangat untuk membuat sesuatu.  

Pertama sekali selepas panggilan dari Pak Long, Mak Long ke pasar 'H.E.B' membeli perbagai jenis sayur, buah dan ikan untuk keperluan seminggu.  Lama tidak pergi ke pasar ini.  Jangan tanya sayur apa Mak Long beli .... jangan harap ada sayur pucuk manis atau kangkong di sini!  Buat kempunan sahaja!

Sebelah petang Mak Long ambil keputusan mencantas semua pokok rosmary di sekeliling rumah.  Rosmary ialah sejenis pokok herba yang mempunyai banyak kegunaan.  Dikatakan bahawa rosmary berasal dari kawasan Mediterranean dan Asia.  Baunya semerbak dan ia diletakan di bawah senarai pokok yang tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk.  Daunnya halus dan panjang menyerupai batang jarum dan mempunyai bunga berwarna biru, putih atau ungu.   Di Texas rosmary diguna dan ditanam sebagai pokok perhiasan di kawasan rumah atau pun di taman.  Ia juga digunakan dalam masakan, perubatan tradisi, minyak dan sabun mandi.  Pokok ini dipercayai boleh membantu menguatkan daya peringatan.  Shakespeare penulis tersohor dan ahli sastera pernah berkata di dalam sebuah dari bukunya, "Rosmary adalah simbol tanda ingatan....."

Bila dicantas pokoknya nanti ia akan tumbuh semula lebih baik pada musim bunga yang tidak berapa lama lagi akan datang.  Amboii... semerbak bau rosmary sungguh kuat menusuk hidung, patutlah rusa tidak berminat langsong hendak makan daunnya.  Pakaian Mak Long pun lekat dengan baunya.  Dahan dan tangkai yang dipotong Mak Long kumpulkan masuk dalam tiga bag plastik besar.  Hendak buat apa dengan rosmary ini?  Buang?  ...... Sayanglah!  Akhirnya Mak Long lurut daun-daun kecil rosmary itu dari tangkainya kumpul di suatu bekas besar untuk dikeringkan.  Bila sudah kering nanti bolehlah dipelbagaikan kegunaanya seperti bahan masakan atau pun masukkan dalam balang untuk mendapatkan baunya menyegarkan bau dalam rumah.



Pokok Rosmary







2 comments:

  1. Wow.. besarnya pokok rosmary kak misah. Suka wana tengok. Hari ni wana masak ayam masak kicap dgn peria goreng chili. Malam nanti nak steam ikan pulak. Teringat kat kak misah hari ni, so, wana buka blog tengok2 apa lah kak misah dah tulis since my last visit. Hmm.. 2 orang teruna lahir in the month of Feb? Anak wana yg sulong (kakak) pun lahir in Feb tapi 7hb. Apa2pun, teruskan menulis ya.. sebab ada peminat ni hah!! XOXO, hope to see you when you are back to M'sia. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wana kerana singgah di sini dan mengingati. Amboii sedapnya masakan menu Wana. Ooo anak Wana pun harijadi dalam Februari. "Happy belated birthday, Kakak". Wana kami ada lapan rumpun rosmary, senang nak tanam dan tahan ragam cuaca.

      Delete