Pages

Sunday, November 4, 2012

NOTA QUILT - WALL HANGING (2)

Assalamualaikum... Koleksi quilt bersais kecil untuk digantung di dinding atau alas meja.


Barisan atas sekali:
  1. Scalloped quilt   -  Blok four patched dicantum dengan blok berjahit tampal (dalam simpanan)
  2. Tinted Glass quilt (2008)  -  Quilt ini lebihan dari membuat quilt broken rail fence untuk Mema.  Dihadiahkan kepada Judy Jackson sepupu Pak Long yang tinggal di Wickliff, Kentucky.
  3. Autumn Pin Wheel (2009) - Dihadiahkan kepada puteri sulung Mak Long.
Barisan tengah:
  1. Cinta Malaysia  - Pelbagai warna dan corak hati dijahit tampal.  Bingkai quilt menggunakan kain batik Terengganu (dalam simpanan)
  2. Buku Benang (dua helai)  -  Dihadiahkan kepada adik angkat dan sahabat perempuan putera sulung di Malaysia
  3. Soduku  -  Pak Long menyelesaikan soduku kemudian Mak Long buat quiltnya (dalam simpaan.
Barisan bawah sekali:
  1. Autumn Pin Wheel -  Menggunakan berbagai corak dan warna kain kapas.  Mak Long hadiahkan quilt ini kepada Haminah sahabat karib di Malaysia sebagai kenangan dalam persahabatan kami.
  2. Autumn Pin Wheel  -  Lebihan dari membuat quilt untuk sahabat di atas dilahirkan satu quilt terkecil sekali.  Bingkai warna hijau cerah itu dijahit merupakan buah apple (dalam simpanan).
  3. Broken Rail Fence  -  Projek quilt pertama semasa Mak Long mengambil kelas di Wimberley, Texas tahun 2010.  Kaedahnya sama membuat broken rail fence cuma ia disusun sebegitu rupa menampilkan kelainan dari design asal broken rail fence (dalam simpanan). 
**********


Barisan pertama:
  1. Table Runner  -  Menggunakaan kaedah "paper piecing" (dalam simpanan)
  2. Tulip Wall Hanging  -  Menggunakana kaedah "paper piecing" ... (menjahit dan mencantum kepingan kain di atas kertas) juga (dalam simpanan).
Barisan tengah:
  1. Wall Hanging  -  dihadiahkan kepada adik lelaki Mak Long di Malaysia
  2.  Autumn Pin Wheel (2010) -  dihadiahkan kepada Robin
Barisan bawah:
  1. Table Runner  -  dihadiahkan kepada Salbiah sepupu Mak Long di Malaysia juga menggunakan kaedah paper piecing.
  2. Wall Hanging - dihadiahkan kepada Norma sahabat baik yang datang berkunjung dari Malaysia  (2011)

Setiap proses jahitan membuat quilt memberikan kedamaian dalam pemikiran dan ketenangan dalam jiwa serta memberi kepuasan yang tidak terhingga.




NOTA;

Membuat kerja berfaedah sambil berjariah adalah sifat yang baik.



2 comments:

  1. assalamualaikum kak long.....member ina tengok gambar quilt yang akak buat ni. dia siap tanya ngan ina brapa akak jual? heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ina, terima kasih cakap pada member Ina tu. Akak tidak pernah jual, tetapi hadiahkan pada keluarga/sahabat terdekat atau sedekah pada yang memerlukan sahaja.

      Delete